awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1BestariNet: Tiada pertuduhan dikenakan oleh SPRM - YTL

Astro Awani
Astro Awani
18/12/2024
11:19 MYT
1BestariNet: Tiada pertuduhan dikenakan oleh SPRM - YTL
YTL Power International Bhd mengumumkan bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan kepada anak syarikatnya YTL Communications Sdn Bhd berkaitan dengan projek 1BestariNet oleh SPRM.
KUALA LUMPUR: YTL Power International Bhd mengumumkan bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan kepada anak syarikatnya YTL Communications Sdn Bhd berkaitan dengan projek 1BestariNet oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ringkasan AI
  • YTL Communications disahkan tidak akan dikenakan pertuduhan oleh SPRM berkaitan projek 1BestariNet.
  • Projek 1BestariNet bertujuan menyediakan internet berkelajuan tinggi dan sistem pembelajaran maya di sekolah.
  • Tender diberikan kepada YTL Communications kerana memenuhi keperluan teknikal dan lebih kos efektif.

"Kami merujuk kepada kenyataan pada 4 Sept 2024, dan 30 Okt 2024, berhubung siasatan yang dijalankan oleh SPRM terhadap projek 1Bestarinet yang dijalankan oleh YTL Communications.
"Kami ingin mengumumkan bahawa kami telah menerima pengesahan daripada SPRM bahawa ia telah menamatkan siasatannya dan memutuskan bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap YTL Communications," jelas syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Projek 1BestariNet yang bernilai RM4 bilion merupakan projek yang dimulakan Kementerian Pendidikan pada 2011, bertujuan menyediakan akses internet berkelajuan tinggi kepada sekolah-sekolah.
Projek ini juga bertujuan menyediakan sistem pembelajaran maya.
SPRM sebelum ini pernah menyatakan bahawa tender perkhidmatan 1BestariNet pada asalnya dirancangkan untuk tempoh 15 tahun, namun dipendekkan kepada tujuh tahun enam bulan tanpa ada pengurangan dari segi nilai kontrak.
Sementara itu, YTL pula menyatakan bahawa tender 1BestariNet diberikan kepada syarikatnya berdasarkan bidaannya yang memenuhi keperluan teknikal dan lebih efektif dari segi kos berbanding 18 pembida lain, sekali gus menunjukkan keupayaan dan merit syarikat tersebut.
Topic Berkaitan
#1BestariNet
#Pertuduhan
#SPRM
#YTL Power International Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan