KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 keping cek berjumlah RM8.4 juta dikeluarkan menggunakan akaun bank AmIslamic milik Datuk Seri Najib Razak antara Mac 2011 dan Mei 2013.
Pengurus Kanan Bahagian Pusat Pemprosesan Cek AmBank, Badrul Hisam Mohamad ketika memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, turut mengecam tandatangan milik bekas Perdana Menteri itu yang diturunkan bagi kesemua transaksi cek tersebut.
Ketika membacakan pernyataan saksinya, Badrul Hisam, 48 tahun, berkata seramai 18 individu menerima cek tersebut termasuk bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gadam dan bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, masing-masing berjumlah RM100,000, dengan jumlah keseluruhan RM2.1 juta.
Turut menerima wang daripada cek tersebut ialah lima UMNO bahagian, satu Barisan Nasional (BN) bahagian serta enam syarikat dalam tempoh yang sama.
Cek tersebut dibayar kepada UMNO Bahagian Pekan sebanyak RM300,000, Wanita UMNO Bahagian Pekan (RM70,000), UMNO Bahagian Machang (RM400,000), serta BN Bandar Tun Razak (RM200,000).
Selain itu, Najib turut mengeluarkan cek kepada Wanita UMNO Selangor dan UMNO Selangor, masing-masing berjumlah RM1.9 juta dan RM2 juta.
Saksi pendakwaan ke-36 itu dalam pernyataannya turut memaklumkan, Najib memberikan cek kepada syarikat Qalif Umar Creative sebanyak RM130,000 dan Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd berjumlah RM274,750.
Tiga lagi syarikat yang turut menerima bayaran ialah Gading Emas Management Services (RM50,000), Fanisa Consultancy And Services (RM95,000) dan Two One Holidays Malaysia Sdn Bhd (RM178,000), yang keseluruhannya berjumlah RM1,428 juta.
"Saya juga mengesahkan cek ini dikeluarkan oleh AmBank Islamic berdasarkan kepada kod khas yang terdapat pada cek tersebut, iaitu kod '49' yang mana ia diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya.
Saksi itu berkata demikian dalam keterangan terhadap Najib, 69 tahun, yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Semalam, Badrul Hisham mengesahkan sejumlah 13 keping cek berjumlah RM1,289,750 atau lebih RM1.28 juta dikeluarkan dalam tempoh Mac hingga Ogos 2011.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Najib sedang menjalani hukuman 12 tahun penjara di Penjara Kajang selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Hasimi Muhamad
Wed Sep 07 2022
Najib sedang menjalani hukuman 12 tahun penjara di Penjara Kajang selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. - Gambar fail
Wanita maut selepas suntikan besarkan payudara
Keluarga mangsa telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan kini polis berjaya menahan dua orang pelaku yang bakal dikenakan hukuman.
Iran namakan jalan, lebuh raya sempena Raisi dan Amirabdollahian
Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Ebrahim Raisi dan Hossein Amirabdollahian.
Chef Wan mohon maaf, kenyataan disalah anggap
Chef Selebriti, Datuk Redzuawan, 66, atau mesra disapa Chef Wan tidak menyangka komen gurauannya mengenai gaun pakaian dipakai bintang Bollywood, Aishwarya Rai disalah anggap segelintir pihak.
Pelajar tidak duduki SPM dipelawa mohon GiatMARA
Pelajar yang tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dipelawa memohon latihan di GiatMARA.
Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata 10,160 pelajar yang tidak hadir SPM tahun lalu boleh mengikuti program di 232 cawangan GiatMARA seluruh negara.
Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata 10,160 pelajar yang tidak hadir SPM tahun lalu boleh mengikuti program di 232 cawangan GiatMARA seluruh negara.
'My Translate', terjemahan pintar buatan tempatan
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) PADA RABU, memeterai memorandum persefahaman (MoU), bagi membangunkan sistem terjemahan pintar dikuasakan kecerdasan buatan (AI), 'MyTranslate'.
Singapura jamin beri kerjasama kepengerusian ASEAN 2025
Singapura memberi jaminan untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam menyokong kepengerusian ASEAN oleh Malaysian pada tahun depan.
Menteri Pertama Scotland desak UK iktiraf Palestin
John Swinney juga mahu UK henti penjualan senjata kepada Israel.
Puluhan ribu pelajar di Brazil tidak bersekolah akibat banjir
Lebih sebulan puluhan ribu pelajar di selatan Brazil tidak melihat bilik darjah mereka selepas banjir besar menenggelamkan beberapa buah sekolah dan menjadikan yang lain sebagai tempat perlindungan.
Perkara itu dikhuatiri menimbulkan kebimbangan mengenai kesihatan mental mereka.
Perkara itu dikhuatiri menimbulkan kebimbangan mengenai kesihatan mental mereka.
Iran namakan jalan, lebuhraya sempena Raisi dan Amirabdollahian
Majlis bandar raya di ibu negara Iran, Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Presiden Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, yang terbunuh dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Menteri pertama Scotland desak UK iktiraf Palestin
Menteri Pertama Scotland, John Swinney gesa UK hentikan penjualan senjata ke Israel dan iktiraf Palestin sebagai negara merdeka.
Kes 1MDB: Najib lantik Nik Faisal pemegang mandat lima akaun bank - Saksi
Mahkamah diberitahu Datuk Seri Najib telah melantik bekas CEO 1MDB, Nik Faisal Ariff Kamil sebagai pemegang mandat bagi lima akaun banknya.
Perbicaraan 1MDB Najib: Syarikat pelaburan tidak ikut proses sejak penubuhan - Saksi pendakwaan
Siti Zauyah berkata sepanjang pengetahuannya pelanggaran proses itu berlaku sejak penubuhan syarikat itu sehingga beliau bersara pada 2019.
Najib dipenjara: 'Datuk Seri sihat' - Rosmah
Rosmah ketika ditemui media bagaimanapun enggan mengulas lanjut tahap kesihatan bekas Perdana Menteri itu.
Adakah kes 1MDB dihadapi Najib bermula Isnin?
Pada Isnin, perbicaraan 1MDB Najib, yang juga dikenali sebagai perbicaraan Tanore dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.