KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih mempunyai RM32.3 bilion hutang yang perlu dibayar dengan bon/sukuk matang antara 2022 dan 2039, menjadikan jumlah kupon/keuntungan yang perlu dibayar sehingga tarikh matang sebanyak RM40.51 bilion.
Dua daripada hutang tersebut adalah bon denominasi dolar Amerika Syarikat bernilai US$3.5 bilion (kira-kira RM14.7 bilion) dengan kadar kupon 5.75 peratus dan 5.99 peratus, yang akan matang pada 2022.
Bon denominasi dolar Amerika Syarikat bernilai US$3 bilion (kira-kira RM12.6 bilion) dengan kadar kupon 4.4 peratus setahun akan matang pada 2023 dan hutang terakhir 1MDB, Sukuk bernilai RM5 bilion dengan kadar keuntungan 5.75 peratus akan matang pada 2039, menurut 1MDB dalam kenyataan di sini hari ini.
"Jumlah keseluruhan bon/Sukuk termasuk bayaran prinsipal dan kupon/keuntungan yang perlu dibayar oleh 1MDB sehingga tarikh matang adalah sebanyak RM40.51 bilion.
"1MDB akan meneruskan usaha mendapatkan semula aset bagi membolehkannya membayar balik kesemua bon/Sukuk apabila matang kelak," katanya.
Sebagaimana diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini, kerajaan Malaysia telah menerima penyelesaian tunai bernilai US$2.5 bilion daripada Goldman Sachs.
Jumlah tersebut telah dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset ("Akaun Amanah") yang disenggara oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Baru-baru ini, 1MDB juga telah berjaya membuat penyelesaian bernilai RM2.83 bilion dengan AMMB Holdings Berhad, dan sebanyak RM324 juta dengan Deloitte.
Semua hasil yang diterima daripada usaha pengembalian aset ini, termasuk penyelesaian yang akan datang, telah atau akan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah tersebut.
Usaha untuk mendapatkan semula aset 1MDB menjadi keutamaan Lembaga Pengarah 1MDB, katanya.
Bagi tujuan tersebut, MOF telah menubuhkan pasukan khas yang dianggotai oleh wakil 1MDB, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pusat Governans, Integriti dan AntiRasuah Nasional.
Proses ini juga melibatkan pelantikan penasihat undang-undang profesional yang akan membantu 1MDB dalam usaha mendapatkan semula aset dan tindakan sivil di mahkamah.
Yuran profesional penasihat undang-undang yang dilantik adalah berdasarkan jumlah masa yang terlibat, selaras dengan kadar yang telah dirunding dan dipersetujui, dan bukan berdasarkan komisen mahupun peratusan nilai penyelesaian atau nilai aset yang diperoleh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 26 2021
1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih mempunyai RM32.3 bilion hutang yang perlu dibayar dengan bon/sukuk matang antara 2022 dan 2039. - Gambar fail/REUTERS
Pentas terajui usaha perkukuh kawal selia komunikasi & multimedia serantau
Malaysia berharap dapat mengeratkan kerjasama antara negara ASEAN untuk kawal selia yang lebih mantap dalam lapangan komunikasi dan multimedia menerusi penganjuran Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024.
#AWANI745
#AWANI745
Medan anak muda bentuk, tambah baik polisi Wilayah Persekutuan
Suara anak muda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan diangkat dalam wadah baharu, iaitu sidang belia Wilayah Persekutuan.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] Wisma Putra sahkan letupan di tempat Pemeriksaan Zon Keselamatan di Narathiwat
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden letupan di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Tha Phraya Sai di wilayah Narathiwat, Thailand pada 9.35 malam waktu tempatan Isnin (6 Mei).
Malaysia-Gaza: Bantuan kontena Malaysia berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah
Fasa pertama Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 110 kontena Malaysia ke Gaza berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah, pada Selasa.
#AWANI745
#AWANI745
Waspada dan elak stres dalam cabaran cuaca panas
Pakar perubatan dan pakar kaunseling menasihatkan petugas dan bakal jemaah haji Malaysia supaya bersiap sedia dalam keadaan cuaca panas di Madinah dengan suhu yang boleh mencecah sehingga 42 darjah Celcius yang bukan sahaja boleh menimbulkan risiko penyakit berkaitan penafasan serta kulit, tetapi juga boleh menyebabkan tekanan serta emosi yang tidak stabil dalam kalangan jemaah.
#AWANI745
#AWANI745
Kelantan akan selaras kenaikan gaji penjawat awam negeri - MB
Kerajaan Kelantan akan menyelaraskan kenaikan gaji penjawat awam negeri itu seiring dengan kenaikan gaji penjawat awam kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Perkukuh kawal selia BBP melalui penggubalan akta
Kerajaan memandang serius isu kelemahan tatakelola dalam pengurusan Entiti Berkepentingan Kerajaan yang menyebabkan ketirisan wang awam, salah guna kuasa dan menjejaskan imej negara.
[TERKINI] Selangor FC hantar permohonan rasmi tunda Piala Sumbangsih
Selangor FC telah menghantar surat permohonan rasmi untuk menunda perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.
Hajat terakhir papa nak main layang-layang - Anak Hail Amir
Hasrat terakhir Allahyarham Datuk Hail Amir untuk bermain layang-layang bersama cucu-cucu tidak kesampaian apabila meninggal dunia pada petang semalam.
Lebih banyak syarikat Jerman akan melabur di Malaysia - Chang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yakin lebih banyak syarikat Jerman akan memasuki Malaysia untuk melabur susulan pelaburan besar oleh Infineon Technologies AG baru-baru ini.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.