Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin beliau bercadang untuk meletakkan jawatan pada 2013 kerana risau tentang 1MDB yang dirasakan telah termasuk ke dalam perangkap liabiliti korporat terbesar dalam sejarah.
Mohd Hazem Abdul Rahman, 48, berkata beliau telah menghantar satu e-mel kepada Ketua Pegawai Kewangan 1MDB Azmi Tahir menyuarakan kerisauannya mengenai jumlah projek dan dana mengenai semua portfolio kerja berkaitan 1MDB yang dirasakan tidak realistik untuk dijayakan.
Saksi pendakwaan ke-10 itu berkata demikian ketika membacakan penyataan saksi semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P. Kunyalam pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Mohd Hazem berkata semasa menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB dari Mac 2013 hingga Januari 2015, beliau mula merasakan tekanan untuk membuat keputusan bagi pelaburan serta pinjaman kewangan syarikat.
“Saya mula memahami beberapa projek yang telah dibiayai dan diuruskan 1MDB, yang menyebabkan kedudukan kewangan syarikat menjadi bermasalah kerana terlampau banyak hutang luar dan dalam negara yang telah dibuat oleh 1MDB atas rancangan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, yang tidak mungkin boleh dibayar balik.
“Saya juga mula risau apabila 1MDB sudah kehabisan dana di dalam negara kerana dana syarikat yang berada di luar negara tidak dapat dibawa balik,” katanya.
Mohd Hazem berkata beliau juga sangsi jika dana 1MDB yang berada di luar negara telah digunakan tanpa pengetahuan pihak pengurusan 1MDB.
“Saya pernah beberapa kali menyuarakan perkara ini kepada Datuk Azlin (Ketua Setiausaha Sulit Najib Datuk Azlin Alias) dan Pengerusi 1MDB ketika itu Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin untuk dibawa kepada pengetahuan Datuk Seri Najib namun jawapan yang saya terima ialah beliau maklum mengenai perkara tersebut.
“Pada akhir 2014, Datuk Seri Najib memaklumkan kepada Tan Sri Lodin bahawa dana 1MDB di luar negara tidak boleh dibawa pulang walaupun 1MDB pada masa itu dalam kekangan untuk membayar balik hutang Maybank sebanyak RM2.5 bilion,” katanya sambil menambah bahawa perkara itu amat bertentangan dengan etika perniagaan.
Saksi itu juga menyimpulkan bahawa selama ini, rancangan pelaburan yang disediakan Jho Low hanyalah untuk membuat pelan perniagaan terlihat seperti urus niaga yang benar-benar dijalankan.
“Jho Low mengarahkan ahli lembaga pengarah dan pengurusan 1MDB untuk mempercayai bahawa perniagaan itu adalah untuk kebaikan syarikat sebelum disusuli dengan ‘pengumpulan dana’ iaitu syarikat perlu membuat pinjaman untuk mendapatkan modal.
“Saya mula mencurigai dana-dana melalui ‘pengumpulan dana’ ini telah disalahgunakan setelah ia dihantar ke luar negara dan kami tidak mempunyai akses penuh serta tidak tahu status yang jelas berkenaan dana ini,” katanya.
Mohd Hazem berkata rancangan perniagaan yang telah dibincangkan Jho Low di peringkat ahli lembaga pengarah adalah rancangan perniagaan normal yang mempunyai risiko dan keuntungan normal.
“Perkara yang luar biasa dalam rancangan perniagaan ini ialah pengumpulan dana melalui hutang tetapi dana yang dikumpul tidak dapat digunakan, tidak diketahui status yang jelas dan pada masa sama, berakhir dengan jawapan “pelaburan oleh pengurus dana.”
“Lebih mencurigakan apabila ahli lembaga pengarah tidak diberi penjelasan tentang status pelaburan dengan lengkap malah ketika audit menimbulkan isu dana ini, Jho Low dengan panik menyediakan laporan dan skrip kepada Datuk Seri Najib dan kami di 1MDB untuk menjawab pertanyaan dari pihak audit,” katanya.
Beliau berkata dalam setiap projek usaha sama yang dibangunkan 1MDB, Jho Low akan meminta beliau menghantar perkembangan projek dan pada masa sama, ahli perniagaan itu akan memberi arahan kepadanya melalui e-mel.
“Saya juga mendapat tahu setiap perkembangan usaha sama 1MDB dengan Aabar Investment PJS Ltd melalui perbincangan dan perbualan bersama Azmi serta peguam 1MDB Jasmine Loo. Saya tahu ia akan dimulakan dengan penerbitan bon sebanyak US$3 bilion untuk dilaburkan dalam projek tersebut.
“Dana bon ini tidak dapat diterbitkan melalui Jaminan Kerajaan kerana sudah terlampau banyak Jaminan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia untuk syarikat kerajaan termasuk 1MDB,” katanya.
Ketika disoal Mohamad Mustafa sama ada pembiayaan berjumlah US$3 bilion itu dapat diluluskan tanpa surat sokongan Najib, saksi tersebut menjawab: Tidak.
Mohd Hazem berkata Jaminan Kerajaan dan surat sokongan tidak mempunyai perbezaan ketara kerana melalui kedua-dua cara ini, pada akhirnya jika hutang tidak dapat dibayar oleh 1MDB, kerajaan terpaksa campur tangan untuk melunaskannya.
Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 15 2020
Mohd Hazem dilihat keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas hadir sebagai saksi pendakwaan ke-10 dalam perbicaraan kes rasuah Najib membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB di Mahkamah Tinggi, 14 Sept, 2020. -- fotoBERNAMA
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Laporan kubur besar Gaza membimbangkan - Jurucakap AS
Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah
Serangan tentera Israel yang membawa kemusnahan ke atas Semenajung Gaza memasuki hari ke-200 diburukkan lagi dengan rancangan Israel.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan kerana disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Perbelanjaan ketenteraan global cecah AS$2.44 trilion tahun 2023
Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm mendedahkan, perbelanjaan ketenteraan global meningkat sebanyak 6.8% kepada paras tertinggi dalam sejarah iaitu AS$2.44 trilion pada 2023, berbanding 2022.
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.