Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen menyenaraikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Razak sebagai antara 18 saksi berpotensi dipanggil berkenaan siasatan semula syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam satu kenyataan hari ini, pengumuman itu hadir selepas jawatankuasa itu semalam mengumumkan untuk memanggil Najib yang juga bekas menteri kewangan berhubung isu tuntutan tunggakan bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion 17 Okt ini.
Pengerusi PAC Datuk Seri Ronald Kiandee berkata selain Najib, ahli perniagaan Low Taek Jho yang pernah bertugas sebagai Penasihat Khas Terengganu Investment Authority (TIA) sebelum ia ditukar kepada 1MDB juga berpotensi dipanggil.
"Kedua-dua mereka sebelum ini tidak dipanggil PAC oleh PAC Parlimen ke-13. Keterangan daripada mereka (Najib dan Jho Low) amat penting dalam membantu jawatankuasa ini melengkapkan siasatan secara komprehensif," katanya.
Ronald berkata semua ahli PAC Parlimen bersetuju menetapkan 29 Oktober ini sebagai prosiding pertama siasatan semula 1MDB dan akan memanggil bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang bagi memberikan keterangan di hadapan PAC Parlimen.
Penetapan tarikh itu diputuskan selepas anggota PAC parlimen mengadakan satu perbincangan khas mengenai siasatan semula syarikat 1MDB pada 25 Sept lepas, kata Ronald.
Beliau berkata Ambrin adalah Ketua Audit Negara ketika Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan syarikat 1MDB dan beliau telah membentangkan laporannya pada Mac tahun 2016 kepada PAC Parlimen penggal ke-13.
Ronald berkata PAC pada 9 Oktober ini akan turut mendapatkan taklimat khusus daripada firma audit Pricewaterhouse Coopers (PwC) yang dilantik Kementerian Kewangan sebagai perunding 1MDB.
"Taklimat daripada PwC ini amat penting kepada PAC PArlimen dalam memastikan jawatankuasa ini mengetahui status terkini syarikat 1MDB terutama sekali berkaitan kedudukan kewangannya," katanya.
Katanya, PAC Parlimen menggariskan 10 terma rujukan (terms of reference -TOF) yang akan digunakan sebagai rujukan jawatankuasa sepanjang prosiding syarikat 1MDB berlangsung termasuk menggunakan dua laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang diterbitkan 2016 dan 2017.
"Selain menetapkan terma rujukan baharu untuk prosiding 1MDB, prosiding pertama siasatan semula syarikat 1MDB ini adalah sesuai dengan usul yang diluluskan Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat pada 16 Ogos lepas.
PAC Parlimen telah bersidang serta mendapat taklimat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad pada 30 Ogos dan 4 Sept lepas berhubung Laporan Pengauditan syarikat 1MDB, katanya.
Pada 19 Julai lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata Najib telah dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan berkaitan siasatan kes 1MDB.
Semalam, Ronald berkata selain Najib, PAC akan memanggil Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah Oktober ini untuk menjelaskan mengenai prosiding tuntutan tunggakan bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion.
Najib yang juga bekas Menteri Kewangan akan dipanggil pada 17 Oktober depan manakala Guan Eng pula akan dipanggil pada 22 Okt sementara Irwan Serigar pula akan dipanggil pada 16 Okt depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 27 2018
Ronald Kiandee berkata selain Najib, ahli perniagaan Low Taek Jho yang pernah bertugas sebagai Penasihat Khas Terengganu Investment Authority (TIA) sebelum ia ditukar kepada 1MDB juga berpotensi dipanggil. -Facebook
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.