awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Najib mengaku tidak bersalah atas 25 pertuduhan AMLATFA dan Akta SPRM

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2018
07:34 MYT
1MDB: Najib mengaku tidak bersalah atas 25 pertuduhan AMLATFA dan Akta SPRM
Hari ini, Najib dihadapkan ke mahkamah sekali lagi atas tuduhan yang membabitkan dana 1MDB dalam kes berprofil tinggi berkenaan. - Gambar fail
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa atas 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
Pada masa sama, beliau turut dituduh melakukan empat kesalahan di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Najib bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua 25 pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi.
Najib ditahan SPRM pada jam 4.13 petang semalam atas kes 1MDB yang melibatkan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Dia sebelum ini didakwa dengan tujuh pertuduhan jenayah pada bulan Julai dan Ogos lepas.
Pada 4 Julai, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dan pada 8 Ogos beliau juga tidak mengaku salah atas pertuduhan menerima wang yang sama (RM42 juta) hasil daripada aktiviti haram ke dalam dua akaun miliknya.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin sementara menunggu sebutan semula kes dan kesemua tujuh pertuduhan untuk dibicarakan bersama kerana ia melibatkan saksi dan dokumen yang sama.
Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 4 Oktober sebelum Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Pihak pembelaan yang mewakili Najib termasuk Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Harvinderjit Singh, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, Farhan Read, Rahmat Hazlan, Hamidi Mohd Noh, Sarah Abishegam dan Wan Aizuddin.
Pihak pendakwaan diwakili oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram, Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustafa P Kunyalam, Nadia Mohd Izhar dan Aaron Abhilash Paul Chelliah.
LAPOR LANGSUNG ASTRO AWANI DI SINI
Topic Berkaitan
#1MDB
#AMLATFA 2001
#Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
#Najib Razak
#Sekysen 23 1 Akta SPRM 2009
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan