Skip to main content

Malaysia

Johor peruntuk lebih RM30 juta untuk Bakul Kasih, manfaat 550,000 keluarga

[TB]_MB Johor, Onn Hafiz_FB Onn Hafiz
Onn Hafiz (kanan) menyerahkan Bantuan Bakul Kasih Johor kepada seorang penerima dalam lawatan kerja ke daerah Tangkak dan Muar, pada Ahad. - Gambar Facebook Onn Hafiz

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan lebih RM30 juta bagi pelaksanaan program Bantuan Bakul Kasih Johor yang bakal memberi manfaat kepada lebih 550,000 keluarga.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi meringankan perbelanjaan harian rakyat yang terkesan dengan tekanan kos sara hidup akibat ketidaktentuan ekonomi global.

Beliau berkata, bantuan bakul makanan tersebut merangkumi keperluan asas harian seperti beras, tepung gandum, sardin, gula dan barangan dapur penting yang lain.

"Inisiatif Bakul Kasih Johor ini disalurkan sebagai antara usaha kecil untuk membantu meringankan beban, khususnya kepada mereka yang benar-benar memerlukan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Image
[INSERT]_MB Johor, Onn Hafiz_FB Onn Hafiz
Onn Hafiz (tengah) meluangkan masa turun padang bagi menyampaikan sendiri Bantuan Bakul Kasih Johordalam lawatan kerja ke daerah Tangkak dan Muar. - Gambar Facebook Onn Hafiz

Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa turun padang bagi menyampaikan sendiri bantuan berkenaan kepada penerima dalam lawatan kerja ke daerah Tangkak dan Muar.

Onn Hafiz berkata, sumbangan itu diharap sedikit sebanyak dapat meringankan komitmen kewangan harian keluarga yang terlibat.

Katanya kerajaan negeri akan terus berusaha menjaga kebajikan rakyat dengan sebaiknya bagi memastikan setiap keluarga Bangsa Johor dapat hidup dalam keadaan yang lebih makmur dan sejahtera.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement