awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Pertuduhan terhadap Najib tidak cacat - Saksi

Bernama
Bernama
16/02/2024
14:59 MYT
1MDB: Pertuduhan terhadap Najib tidak cacat - Saksi
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak cacat.
Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Nur Aida Arifin, 37, berkata demikian ketika disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.
Muhammad Shafee mencadangkan kepada saksi pendakwaan ke-49 itu bahawa pertuduhan terhadap Najib adalah cacat kerana sebahagian besar dokumen melalui Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA) dari Singapura hanya diperoleh selepas beliau didakwa.
Muhammad Shafee: Kebiasaannya seseorang itu hanya didakwa apabila pegawai penyiasat melihat semua dokumen dan berpuas hati bahawa mereka mempunyai kes?
Nur Aida: Kami membuat permintaaan kepada Kerajaan Singapura untuk mendapatkan dokumen terbabit sebelum Najib didakwa.
Beliau berkata sebahagian besar dokumen melalui MLA diperoleh sebelum pendakwaan dikemukakan terhadap Najib.
"Saya hanya memperoleh dokumen daripada pihak berkuasa asing melalui bantuan MLA kemudian, bagaimanapun tidak ada perbezaan dengan dokumen yang sudah ada dalam simpanan," katanya.
Nur Aida berkata Timbalan Pendakwa Raya daripada Jabatan Peguam Negara yang mengendalikan set dokumen MLA dari negara berbeza seperti Hong Kong, Switzerland dan Singapura.
"Saya tidak turut serta ketika Timbalan Pendakwa Raya terbabit menerima dokumen berkenaan dari luar negara," katanya.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pertuduhan
#1MDB
#Najib Razak
#Nur Aida Arifin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan