awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Polis ambil tindakan tegas individu terbabit demonstrasi jalanan

Raffi Bachik
Raffi Bachik
23/07/2016
05:43 MYT
1MDB: Polis ambil tindakan tegas individu terbabit demonstrasi jalanan
TAN SRI KHALID: Saya ingin memberi ingatan bahawa jika mereka cuba untuk menggugat ketenteraman awam dan demokrasi berpalimen negara kita, polis tidak akan teragak-agak ambil tindakan. - Gambar fail
Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba menghasut orang ramai untuk terbabit dalam demonstrasi jalanan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau percaya ada yang pihak sengaja mengambil kesempatan dengan laporan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berhubung 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata, pihaknya sentiasa memantau demonstrasi jalanan yang cuba dirancang beberapa pihak dengan mengambil kesempatan atas beberapa isu berbangkit.
“Ada pihak cuba menghasut pihak orang ramai supaya turun ke jalan raya dan sebagainya. Saya ingin memberi ingatan bahawa jika mereka cuba untuk menggugat ketenteraman awam dan demokrasi berpalimen negara kita, polis tidak akan teragak-agak ambil tindakan.
“Saya ingin mengingatkan meraka, apa jua tindakan yang cuba diambil mestilah mengikut undang-undang negara,” kata Tan Sri Khalid.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka, pada Jumaat malam.
Topic Berkaitan
#1MDB
#demonstrasi jalanan
#Khalid Abu Bakar
#tindakan tegas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan