awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu

Sinar Harian
Sinar Harian
27/04/2024
03:45 MYT
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Najib dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi prosiding kes berkaitan dana 1MDB. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Julung-julung kalinya, prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini pada Sabtu.
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
Perbicaraan kes yang bermula pada Ogos 2019 di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) bermula dengan peguam, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin yang mewakili Najib, 71, menyoal balas saksi pendakwaan ke-49, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin.
Dalam prosiding lalu, selepas saksi ke-50 pendakwaan, bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo diperiksa balas oleh pendakwaan, Sequerah menetapkan beberapa tarikh sambung bicara termasuk pada hari Sabtu.
Tarikh berkenaan adalah pada 27 April, 4 dan 25 Mei serta 1, 8 dan 15 Jun, yang mana semuanya berlangsung pada Sabtu.
Setakat ini, seramai 50 saksi telah dipanggil memberi keterangan sejak prosiding ini bermula dan kini berlanjutan lebih 200 hari.
Antara saksi tersebut ialah bekas Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Pengarah 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi
Najib, 71, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Razak
#perbicaraan
#hari sabtu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan