1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menyelar Wall Street Journal kerana mengulangi 'dakwaan yang tidak terbukti'.
Ia memberi respons terhadap artikel WSJ yang mendakwa bahawa lebih daripada AS$1 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 'sebahagian besarnya' datang dari 1MDB.
Dalam satu kenyataan di sini, 1MDB berkata ia sentiasa menegaskan bahawa ia tidak pernah memasukkan apa-apa dana ke dalam akaun Perdana Menteri.
"Ini dijelaskan juga oleh pelbagai pihak berkuasa yang sah, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Peguam Negara Malaysia, serta beberapa penerbitan antarabangsa yang terkenal yang mengesahkan bahawa dana-dana itu datang dari Arab Saudi.
"Namun, Wall Street Journal terus mengulangi dakwaan sama yang tidak dibuktikan," kata 1MDB.
Kenyataan itu berkata WSJ tidakpun mengemukakan bukti konklusif bagi menyokong dakwaannya tetapi terus menyerang dengan maklumat yang ia dakwa telah didapatkan daripada sumber tidak dinyatakan nama atau tidak dikenali.
Bergantung pada sumber tidak dikenali, yang mungkin wujud atau tidak, menunjukkan 'ceteknya standard kewartawanan asas' WSJ dan penerbitan itu langsung tidak mempunyai 'gaya pemberitaan yang seimbang', kata 1MDB.
Bernama
Tue Mar 01 2016
1MDB berkata ia sentiasa menegaskan bahawa ia tidak pernah memasukkan apa-apa dana ke dalam akaun Perdana Menteri.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
1MDB selar WSJ kerana 'mengulangi dakwaan tanpa bukti'
1Malaysia Development Berhad berkata ia sentiasa menegaskan bahawa ia tidak pernah memasukkan apa-apa dana ke dalam akaun Perdana Menteri.