awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,000 peluang pekerjaan disediakan pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah

Bernama
Bernama
15/02/2024
20:30 MYT
2,000 peluang pekerjaan disediakan pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah
Mohd Zammidi berkata, sebanyak 100,000 orang dijangka menghadiri program selama tiga hari itu. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,000 peluang pekerjaan disediakan pada Karnival Kerjaya bersempena dengan Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 Februari ini di Kompleks Sukan Kuala Selangor.
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Program Strategik, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Mohd Zammidi Mohd Asri berkata, karnival itu akan dibawakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk memberi peluang orang ramai mendapatkan pekerjaan bersesuaian.
"Orang ramai yang hadir boleh terus menjalani temu duga di tempat yang disediakan dan sekiranya ada calon yang berjaya mereka juga akan terus ditawarkan pekerjaan berkenaan," katanya dalam temu bual di Bernama Radio pada Khamis.
Selain itu, Mohd Zammidi berkata, KSM juga akan menawarkan program advokasi dan promosi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai satu daripada elemen penting dalam pendidikan negara.
Menurut Mohd Zammidi, Program MADANI Rakyat ialah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bertujuan menyebar luas dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata, program itu juga merupakan wadah untuk membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi yang berkaitan di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menambah baik mutu perkhidmatan.
Menurut Mohd Zammidi, sebanyak 100,000 orang dijangka menghadiri program tiga hari itu dan beliau berharap pengunjung dapat mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan trafik di kawasan berkenaan lancar.
Majlis penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah dijangka disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Februari. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#TVET
#PACU
#program advokasi
#elemen penting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan