awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2.2 juta warga asing bekerja di Malaysia tahun lepas

Bernama
Bernama
15/10/2018
21:18 MYT
2.2 juta warga asing bekerja di Malaysia tahun lepas
Indonesia kekal menjadi kumpulan pekerja asing dominan dangan catatan 39.2 peratus, diikuti Nepal (23.5 peratus) dan Bangladesh (13.2 peratus). - Gambar hiasan
Kira-kira 2.2 juta tenaga kerja asing berada di Malaysia tahun lepas, kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian dan pembinaan, menurut laporan 'Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza' yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah.
Menurutnya, 40.5 peratus daripada pekerja asing bekerja dalam kedua-dua sektor itu, manakala 35.9 peratus dalam bidang perkhidmatan dan 23 peratus lagi dalam bidang pekilangan.
"Bagaimanapun penting dinyatakan di sini bahawa statistik rasmi ini tidak termasuk tenaga kerja di rumah-rumah kongsi, sekaligus mungkin tidak menggambarkan jumlah sebenar pekerja asing dalam sektor pertanian yang mungkin lebih tinggi," katanya.
Laporan itu dilancarkan oleh Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Datuk Shahril Ridza Ridzuan pada Isnin.
Menurut kajian itu tenaga kerja Malaysia adalah sekitar 10.6 juta pada tahun 2010, tapi meningkat kepada 12.7 juta tahun lepas, manakala tenaga kerja asing adalah sekitar 1.7 pada tahun 2010.
Daripada 12.7 juta jumlah tenaga kerja dalam kalangan rakyat tempatan tahun lepas, 12.2 juta bekerja, manakala bagi kalangan warga asing, hampir semuanya bekerja.
Laporan itu menyebut bahawa daripada 2010 sehingga 2017, jumlah tenaga kerja dari kalangan rakyat Malaysia dengan kelulusan pendidikan tertiari meningkat paling tinggi sekitar 1.3 juta, manakala pendidikan menengah meningkat 1.2 juta.
Terdapat penurunan kira-kira 438,000 rakyat Malaysia dengan kelulusan pendidikan rendah dalam jumlah tenaga kerja dalam tempoh yang sama.
Dengan merujuk kepada data 2015, laporan itu berkata Indonesia kekal menjadi kumpulan pekerja asing dominan dengan catatan 39.2 peratus, diikuti Nepal (23.5 peratus) dan Bangladesh (13.2 peratus).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Institut Penyelidikan Khazanah
#isi rumah
#menengah
#pekerja asing
#pembinaan
#pendidikan
#pertanian
#Shahril Ridza Ridzuan
#statistik
#tenaga kerja
#tertiari
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan