awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,682 kenderaan diambil tindakan dalam Ops Perang Lebih Muatan di Terengganu

Bernama
Bernama
01/01/2026
22:30 MYT
2,682 kenderaan diambil tindakan dalam Ops Perang Lebih Muatan di Terengganu
Mohd Zamri berkata penguatkuasaan strategik dan berfokus yang dilaksanakan JPJ Terengganu membuahkan hasil apabila jumlah kes kemalangan maut mencatatkan pengurangan. - Foto JPJ Terengganu
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 2,682 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas Perang Lebih Muatan 2025 di seluruh Terengganu bagi tempoh September hingga bulan lepas.

Ringkasan AI
  • Operasi Khas Perang Lebih Muatan 2025 di Terengganu melibatkan pemeriksaan terhadap 22,754 kenderaan, di mana 2,682 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan termasuk Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans sah.
  • Sebanyak 4,447 notis dan 4,595 saman dikeluarkan, manakala 29 kenderaan disita dalam operasi tersebut susulan kemalangan serius yang melibatkan kenderaan perdagangan.
  • Penguatkuasaan berfokus risiko oleh JPJ Terengganu berjaya merendahkan jumlah kes kemalangan, contohnya kes kematian semasa Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2025 turun kepada tujuh kes berbanding 24 kes pada 2024, serta pengutipan RM2.54 juta saman tertunggak melalui program penawaran diskaun 50 peratus saman.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Mohd Zamri Samion berkata tindakan itu hasil pemeriksaan ke atas 22,754 kenderaan termasuk kenderaan pengangkutan awam dan kenderaan perdagangan barangan.
Beliau berkata keseluruhannya sebanyak 4,447 notis dikeluarkan selain 4,595 saman atas pelbagai kesalahan termasuk membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan kesalahan teknikal lain.
"Sebanyak 29 kenderaan telah disita dalam Ops Perang Lebih Muatan yang diadakan khusus susulan kejadian kemalangan serius melibatkan kenderaan perdagangan.
"Penguatkuasaan bukan bertujuan menghukum semata-mata, tetapi bagi mencegah kemalangan, melindungi nyawa pengguna jalan raya serta memastikan kenderaan perdagangan dalam keadaan baik dan selamat," katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Zamri berkata penguatkuasaan strategik dan berfokus yang dilaksanakan JPJ Terengganu telah membuahkan hasil apabila jumlah kes kemalangan maut mencatatkan pengurangan.
Beliau berkata sebagai contoh, sebanyak 840 kes kemalangan direkodkan sepanjang pelaksanaan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2025, berbanding 968 kes pada Ops HRA 2024.
"Kes kematian juga turun mendadak kepada tujuh kes pada Ops HRA 2025, berbanding 24 kes pada Ops HRA 2024. Bagi Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2025 pula, kes kematian menurun kepada tiga kes, berbanding 17 kes pada Ops HRAA 2024.
"Penurunan ini bukan kebetulan, tetapi hasil pendekatan strategik terhadap penguatkuasaan berfokus risiko, tindakan terhadap kesalahan berimpak tinggi dan kehadiran anggota penguat kuasa di lokasi strategik," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Zamri berkata sebanyak RM2.54 juta saman tertunggak berjaya dikutip dari tempoh 1 Nov hingga 31 Dis lepas melalui program penawaran diskaun 50 peratus saman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saman
#operasi JPJ
#lebih muatan
#JPJ Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan