awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/02/2025
06:18 MYT
2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus
Sivakumar berkata, Thaipusam bukan sekadar satu acara keagamaan, tetapi juga satu gabungan unik antara kepercayaan, budaya dan warisan.- Gambar fail
BATU CAVES: Dua juta penganut agama Hindu dan pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini, menyaksikan peningkatan sehingga 20 peratus berbanding tahun lalu.
Pemegang Amanah Kuil Sri Mahamariamman Devesthanam, Datuk Sivakumar Nadarajah berkata, daripada jumlah keseluruhan, 15 hingga 20 peratus dianggarkan pelancong asing.
"Walaupun Thaipusam disambut di banyak lokasi selain Selangor, namun Batu Caves kekal sebagai pusat tumpuan utama.
"Perayaan ini bukan sekadar satu acara keagamaan, tetapi juga satu gabungan unik antara kepercayaan, budaya dan warisan, menjadikannya lebih daripada sekadar festival biasa.
"Apabila semua elemen ini bergabung, hasilnya mencipta satu keajaiban, seperti yang dapat disaksikan setiap tahun di Batu Caves, terutamanya ketika Thaipusam," katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini pada Isnin.
Menurut Sivakumar lagi, bagi melancarkan pergerakan sambutan itu, kira-kira 3,000 sukarelawan termasuk pasukan perubatan ditugaskan di perkarangan kuil.
Tambah beliau lagi, penganut boleh menunaikan nazar masing-masing sepanjang masa sehingga jam 10 malam Rabu, iaitu sehari selepas hari Thaipusam memandangkan kuil tidak akan ditutup dan beroperasi 24 jam.
Thaipusam yang merupakan perayaan kedua terbesar bagi penganut Hindu selepas Deepavali itu merupakan hari menunaikan nazar serta menyatakan kesyukuran kepada Dewa Murugan.
Topic Berkaitan
#Thaipusam
#Batu Caves
#pelancong
#membayar nazar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan