2 kanak-kanak nyaris lemas, ditemui tidak sedar diri tepi kolam renang

Polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang unsur kecuaian atau salah laku mana-mana pihak yang terlibat. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Dua kanak-kanak berusia tujuh tahun yang mempunyai hubungan kekeluargaan nyaris lemas di dalam kolam renang sebuah kondominium di Bayan Baru, di sini dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi semalam.
Ringkasan AI
- Dua kanak-kanak berusia tujuh tahun hampir lemas di sebuah kolam renang kondominium di Bayan Baru kira-kira 8.30 pagi semalam.
- Salah seorang mangsa kritikal dan dirawat di ICU Hospital Pulau Pinang, manakala yang satu sedang menerima rawatan lanjut di wad kanak-kanak hospital.
- Polis sedang menyiasat kejadian yang berlaku di tingkat 42 premis tersebut tanpa kehadiran petugas, dan rakaman CCTV menunjukkan peristiwa kanak-kanak berjalan dari kolam kanak-kanak ke kolam dewasa sebelum ditemui tidak sedarkan diri.
"Berdasarkan siasatan awal, pengadu yang juga ibu kepada kanak-kanak perempuan menerima panggilan telefon daripada adik perempuannya memaklumkan bahawa anak dan anak saudaranya dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi kolam renang.
"Pengadu kemudian membawa kedua-dua mangsa ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke HPP bagi rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Anuwal berkata pemeriksaan polis mendapati kejadian berlaku di kolam renang di tingkat 42 premis berkenaan dan tiada petugas berada di lokasi semasa insiden itu terjadi.
Beliau berkata semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan adik perempuan pengadu membawa kedua-dua mangsa ke kolam renang pada 8.30 pagi, kemudian mereka dilihat berjalan dari kolam kanak-kanak ke kolam dewasa sebelum ditemukan tidak sedarkan diri oleh orang awam.
Katanya, pengadu difahamkan datang ke negeri ini untuk bercuti bersama-sama keluarga dan telah menginap di sebuah unit inap desa di kondomimium terbabit sejak 9 Jan dan dijangka pulang pada hari ini.
Beliau memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang unsur kecuaian atau salah laku mana-mana pihak yang terlibat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


