Pulau Pinang tidak terjejas isu durian klon, penanaman Musang King matang dan terkawal

Fahmi menjelaskan pokok durian Musang King di Pulau Pinang kini berada pada fasa pembungaan, dengan jangkaan hasil pertama pada penghujung April 2026. - Gambar fail/Sinar Harian
GEORGE TOWN: Pulau Pinang tidak terkesan dengan isu durian klon yang gagal memenuhi piawaian eksport seperti dibangkitkan di peringkat nasional berikutan penanaman durian Musang King di negeri itu yang matang dan terkawal.
Ringkasan AI
- Durian Musang King di Pulau Pinang matang dan terkawal, tidak terjejas oleh isu durian klon yang gagal memenuhi piawaian eksport.
- Penanaman durian berusia lebih 10 tahun menyumbang kepada kualiti hasil yang stabil, memenuhi keperluan pasaran eksport, dan mengelakkan lambakan durian di pasaran tempatan.
- Kerajaan negeri memantau situasi pasaran dengan rapat, bekerjasama dengan FAMA dan agensi berkaitan untuk memastikan pengeluaran, kualiti, dan pemasaran durian terkawal, melindungi kepentingan pekebun dan peniaga tempatan.
"Berdasarkan pemantauan serta maklum balas daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pulau Pinang, kualiti durian klon yang ditanam di negeri itu adalah baik dan mematuhi piawaian eksport yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata faktor itu turut mengelakkan berlakunya lambakan durian di pasaran tempatan memandangkan pengeluaran hasil masih belum bermula bagi musim semasa.
Fahmi menjelaskan pokok durian Musang King di Pulau Pinang kini berada pada fasa pembungaan, dengan jangkaan hasil pertama pada penghujung April 2026.
Beliau memberi jaminan kerajaan negeri akan terus memantau situasi pasaran dan bekerjasama rapat dengan FAMA serta agensi berkaitan bagi memastikan pengeluaran, kualiti dan pemasaran durian kekal terkawal, bagi melindungi kepentingan pekebun dan peniaga tempatan.
Pada Jumaat lepas, Timbalan Ketua Pengarah Sekuriti Makanan dan Operasi FAMA Faisal Iswardi Ismail berkata durian klon seperti Musang King yang tidak memenuhi piawaian eksport menyebabkan berlakunya lebihan bekalan buah itu di pasaran tempatan ketika ini.
Isu itu disebabkan oleh kebun muda berusia kurang 10 tahun menghasilkan buah berkualiti rendah, sekali gus tidak menepati spesifikasi eksport, khususnya ke China dan Singapura.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


