awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 maut kereta terjunam dalam Tasik Biru

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2021
16:31 MYT
2 maut kereta terjunam dalam Tasik Biru
Kedua-dua mayat ditemui pada kira-kira jam 8 malam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Gambar/ Bernama
RAWANG:Dua individu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita yang identiti mereka belum dikenal pasti maut selepas kereta dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam Tasik Biru di Jalan Kampung Setia, Batu Arang di sini petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat awam jam 6.10 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang dihantar ke lokasi kejadian.
"Laporan awal yang diterima membabitkan kemalangan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik.
“Kedua-dua mayat itu ditemui pada kira-kira jam 8 malam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” menurutnya dalam kenyataan lewat malam tadi.
Katanya tiada dokumen memaparkan maklumat peribadi ditemui pada kedua-dua mayat berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca kejadian.
Topic Berkaitan
#lemas
#kereta terjunam
#Tasik Biru
#tasik
#pasangan
#lelaki
#wanita
#bomba
#Rawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan