TEMERLOH:Polis Pahang menembak mati dua suspek penjenayah warga asing yang dipercayai aktif memecah masuk pasar raya, kilang dan pejabat di negeri ini dan Terengganu dalam kejadian berbalas tembakan berhampiran simpang Charuk Puting di sini, 5 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata identiti suspek lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30 ke 40-an itu bagaimanapun masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mereka.
Othman berkata kejadian itu berlaku kira-kira 5 pagi selepas suspek yang menaiki kereta Toyota Camry melarikan diri selepas terserempak dua kereta peronda polis yang membuat rondaan menyebabkan pihak polis mengejar mereka sejauh 25 kilometer sebelum berjaya memintas kenderaan suspek.
"Suspek difahamkan mula melepaskan tembakan ke arah polis bagi mengelakkan tangkapan selepas kereta mereka dihalang oleh sebuah kereta polis menyebabkan kami membalas tembakan dan mengorbankan kedua-dua penjenayah itu.
"Tembakan yang dilepaskan suspek juga mengenai dada seorang pegawai polis berpangkat ASP, namun pegawai tersebut hanya cedera ringan kerana memakai jaket kalis peluru," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini, hari ini. Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman.
Turut ditemukan ialah dua unit grinder yang dipercayai digunakan bagi memotong peti besi bersama seunit pengecas bateri, mesin gerudi, parang, kuku kambing dan masing-masing dua beg galas hitam, baju sejuk serta t-shirt hitam yang dipercayai digunakan bagi melakukan jenayah itu.
Othman berkata suspek dipercayai terlibat dalam enam kes pecah masuk di Pahang dan satu kes di Terengganu tahun ini melibatkan kerugian berjumlah RM308,245.50 yang berlaku sekitar tengah malam hingga awal pagi pada hujung minggu.
Di Pahang, mereka disyaki terlibat dalam kejadian pecah masuk di Maran melibatkan dua kes dan masing-masing satu kes di Rompin, Temerloh, Bera dan terkini di Pekan yang dilaporkan berlaku pada 12 Okt lalu.
Othman berkata mayat suspek dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini untuk bedah siasat pada Rabu ini.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api tanpa lesen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 19 2020
Identiti lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30 ke 40-an itu bagaimanapun belum dikenal pasti.
China, Mesir setuju promosi keamanan timur tengah
Beijing bersetuju dengan kerajaan Mesir untuk mempromosikan keamanan serta rundingan bagi mencapai kestabilan di timur tengah.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Usul baharu pecat Presiden Suk Yeol dibawa ke di Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Polis India menyiasat ancaman bom terhadap Bank rizab India (RBI)
Menurut Pegawai Kanan Polis Mumbai, Sanjay Malhotra pada Jumaat, amaran itu dihantar ke alamat e-mel rasmi Gabenor RBI yang baru dilantik.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Polis siasat video tular lelaki hisap rokok di stesen minyak, memandu secara berbahaya
Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.
Tidak puas hati bayaran komisen punca lelaki dibunuh
Tidak puas hati berkaitan pembayaran komisen dipercayai menjadi punca seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan dalam but kereta di Telok Panglima Garang, Selasa lalu.
Anak pengasuh ditahan, dipercayai liwat kanak-kanak lelaki 4 tahun
Polis menahan anak pengasuh berusia 23 tahun kerana dipercayai meliwat seorang kanak-kanak asuhan ibunya yang berusia empat tahun di Taman Perindustrian Tampoi Jaya pada Sabtu.
Polis siasat penyanyi dakwa dirakam penguat kuasa PBT ketika sedang diurut
Polis menjalankan siasatan berhubung seorang penyanyi rap yang mendakwa dirinya dirakam ketika serbuan dijalankan di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di Subang Jaya pada Rabu lalu.
Polis tahan pengurus restoran, guna peralatan hidangan papar gambar pemimpin Komunis
Polis telah menyerbu restoran tersebut dan menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang merupakan pengurus restoran terbabit.
Polis nafi berlaku kejadian penculikan di Kajang
Setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat yang berkaitan kejadian yang dipaparkan dalam video berkenaan.
Dua beradik warga asing dalang sindiket kutip derma diberkas di Ulu Tiram
Dua beradik yang berperanan sebagai pemandu dan perancang kegiatan itu diberkas sepasukan pegawai dan anggota JSJ IPD Seri Alam.