awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 timbalan pendakwa raya, 15 anggota polis ditahan di pusat hiburan

Astro Awani
Astro Awani
19/08/2023
11:40 MYT
2 timbalan pendakwa raya, 15 anggota polis ditahan di pusat hiburan
Seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis ditahan bersama dua timbalan pendakwa raya dalam satu serbuan jam 2.30 pagi tadi. - Gambar hiasan/Twitter@bernamadotcom
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis ditahan bersama dua timbalan pendakwa raya dalam satu serbuan jam 2.30 pagi tadi.
Memetik laporan Berita Harian pada Sabtu, mereka ditahan ketika sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Dato Sheikh Ahmad di Seremban.
Dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman itu, seorang daripada yang ditahan disahkan negatif hasil ujian air kencing yang dijalankan, manakala selebihnya berada di bawah pengaruh dadah termasuk dua timbalan pendakwa raya terbabit.
Mereka didapati positif berada di bawah pengaruh dadah jenis Ketamin, Amphetamin dan Methamphetamine.
Kesemua anggota polis berkenaan bertugas di pelbagai jabatan termasuk Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Nilai dan Tampin, selain Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.
Sementara dua timbalan pendakwa raya ditahan itu masing-masing bertugas di Shah Alam dan Negeri Sembilan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, mengesahkan serbuan dilakukan JIPS Bukit Aman dengan kerjasama IPK negeri di pusat hiburan terbabit awal pagi tadi.
Topic Berkaitan
#anggota polis
#Timbalan Pendakwa Raya
#pusat hiburan
#Negeri Sembilan
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan