KOTA BHARU: Sejumlah 20,000 hektar tanah pertanian di jajahan kecil Lojing di Gua Musang menggunakan bekalan sumber air tanpa kebenaran dari Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan (JSANK), kata Pengerusi Jawatankuasa Kerjaya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri Kelantan Datuk Azami Mohd Nor.
Beliau berkata bagi mengatasi perkara itu pihaknya telah merangka dan mengatur strategi bagi pelesenan semua pekebun melalui Lesen Sementara Abtraksi Sumber Air yang diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan kali ke-21 pada 19 Okt tahun lalu.
Katanya, masalah pengambilan sumber air tanpa kawalan yang berlaku kini hanya boleh dikawal melalui pelesenan dan penguatkuasaan oleh jabatan kerajaan.
"JSANK diberi mandat sebagaimana di dalam Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019 untuk menjalankan penguatkuasaan Lesen Abtraksi Badan Air bagi semua pengguna sumber air khususnya di tanah tinggi Lojing.
"Semakan jabatan mendapati di tanah tinggi Lojing terdapat beratus-ratus pengusaha kebun sayur telah menggunakan sumber air untuk kegunaan pertanian komersial tanpa lesen yang sah dan belum pernah dikenakan apa-apa bayaran berdasarkan mana-mana enakmen yang berkuat kuasa berkaitan dengan penggunaan air," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, hari ini.
Mengulas lanjut, Azami berkata sehingga kini, pihak JSANK telah meluluskan empat lesen sementara dan telah melaksanakan penguatkuasaan bersepadu untuk membendung masalah ini.
Katanya, penguatkuasaan tersebut merangkumi pematuhan kepada Penilaian Alam Sekitar (EIA), Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESMP) dan Kebenaran Merancang Pertanian.
"Jabatan juga telah mengadakan sesi libat urus dengan pemilik tanah yang juga merupakan agensi kerajaan bagi memudahkan proses pelesenan secara berfasa.
"Melalui pelesenan dan penguatkuasaan, pengurusan sumber air dapat dilaksanakan secara lestari dan mengurangkan impak kepada alam sekitar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Azami berkata sehingga kini, pihak JSANK telah meluluskan empat lesen sementara dan telah melaksanakan penguatkuasaan bersepadu untuk membendung masalah ini.- Fail/BERNAMA
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Jalan Lojing-Gua Musang di Pos Blau ditutup
Hujan lebat berterusan mengakibatkan Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Pos Blau di sini ditutup semula kepada semua kenderaan pada Isnin.
Remaja Orang Asli maut bergesel motosikal rakan
Seorang remaja lelaki Orang Asli maut akibat kecederaan parah pada kepala selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 81, Jalan Gua Musang-Lojing.
Orang Asli Lojing buat laporan polis dakwa penerokaan tanah berleluasa
30 Orang Asli dari tiga penempatan di sini membuat laporan polis, kerana mendakwa berlaku pencerobohan tanah berdekatan penempatan mereka, yang dikatakan semakin berleluasa sejak tiga bulan lepas.
Dua beranak maut tercampak dari Honda CRV
Dua beranak termasuk seorang wanita warga emas maut selepas tercampak dari kenderaan yang terbabas dalam kemalangan di Gua Musang.
20,000 hektar tanah di Lojing, guna sumber air tanpa kebenaran - Exco Kelantan
Sejumlah 20,000 hektar tanah pertanian di jajahan kecil Lojing di Gua Musang menggunakan bekalan sumber air tanpa kebenaran dari Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan (JSANK).
Bunga Raflesia kembang mekar sepanjang tahun di Lojing, Gua Musang
Walau hanya mekar sekitar tujuh hari, namun orang ramai boleh menyaksikannya sepanjang masa di Pusat Konservasi Raflesia Tanah Tinggi Lojing
Pemandu terlelap, kereta rempuh lori dalam nahas Gua Musang
Mangsa, Nur Najiha Mohd Zaki, 20, berasal dari Pasir Mas, maut di tempat kejadian manakala tiga rakan yang turut menaiki kenderaan itu cedera.
Doktor gigi hilang ditemui selamat selepas tersesat 24 jam di Gunung Yong Belar
Demikian pengalaman Dr Muhammad Iqbal Arifin, 29, yang sesat selama lebih 24 jam selepas mendaki Gunung Yong Belar, Lojing di Gua Musang pada Sabtu.
Berhati-hati guna jalan Gua Musang-Lojing - Polis
Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 97 di sini, kini boleh dilalui semua kenderaan selepas runtuhan tanah dari lereng bukit yang menimbus sebahagian laluan itu, telah dibersihkan.
Tun Jeanne harap Lojing tidak jadi Cameron Highlands
Semua pihak disaran agar mengambil iktibar daripada kejadian banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands dan tidak membiarkan perkara sama berulang di Tanah Tinggi Lojing, Kelantan.