Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini.
Katanya, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi-agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).
"Rumah-rumah itu akan dijual di bawah harga pasaran untuk rakyat Pulau Pinang, contohnya jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 sahaja," katanya ketika berucap melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.
Lebih 20,000 orang termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menghadiri majlis itu.
Najib berkata pakatan pembangkang yang mengambil alih pemerintahan di Pulau Pinang gagal menyelesaikan masalah rakyat malah tidak membina rumah mampu milik dan rumah kos rendah di negeri ini.
"Sebagai contohnya isu Kampung Buah Pala, semua pemimpin pembangkang meletak tangan di atas kepala seorang penduduk dan berjanji kononnya dalam masa dua minggu mereka akan menyelesaikan masalah. Tetapi mereka gagal dan akhirnya kerajaan BN juga menyelesaikan masalah baki 26 penduduk di kampung itu," katanya.
Beliau berkata permohonan untuk PR1MA boleh dibuat melalui online yang dibuka hari ini dan cabutan (undian mendapatkan rumah) akan dibuat secara telus.
Najib berkata satu lagi janji yang akan ditunaikan ialah pembinaan perkhidmatan monorel sebagai langkah mengatasi kesesakan lalu lintas yang semakin serius.
"Kita tahu rakyat Pulau Pinang dihantui dengan kesesakan lalu lintas. Jadi, jika BN menang kita tengok macam mana nak selesai masalah ini dan akan membina sistem monorel sama seperti perkhidmatan LRT (transit aliran ringan) yang ada di Kuala Lumpur," katanya.
Beliau berkata rakyat Pulau Pinang layak untuk menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih baik lagi dan perkara ini akan menjadi kenyataan jika mereka memberi kepercayaan kepada BN.
Perdana Menteri itu juga berkata BN tidak akan membiarkan orang Melayu di negeri ini terpinggir dan dalam masa yang sama akan terus membela kaum Cina dan India.
Beliau berkata setiap satu undi untuk BN adalah undi untuk kestabilan dan kemajuan manakala satu undi untuk PAS adalah untuk perpecahan, satu undi untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah untuk mencapai perjuangan peribadi seseorang dan satu undi untuk DAP adalah undi untuk masa depan yang tidak menentu.
Najib juga berkata label BN 'Janji Ditepati' adalah bagi menggambarkan dan meyakinkan rakyat bahawa parti itu sebuah parti yang boleh diberi kepercayaan dan amanah serta apa sahaja yang dijanjikan kepada rakyat akan ditunaikan.
"Kalau kita sudah buat satu janji kita anggap janji itu satu ikatan. Dengan satu ikatan itu rakyat akan tetapkan kepercayaan dan amanah kepada kita. Kerajaan Barisan Naasional walau apa-apa pun kita janji, kita akan tunaikan dan tepati," katanya.
Bernama
Sat Dec 08 2012
Najib melihat Chang Lai See, 59, mengisi borang permohonan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) secara online
PRK Kuala Kubu Baharu: Peratusan keluar mengundi awal hampir 100 peratus
Peratusan itu melibatkan 769 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan.
AWANI Borneo [07/05/2024] - Kita ikut persekutuan - Hajiji | Sokongan penuh | Klinik daif
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 7 Mei 2024
Janji Hajiji, semua penjawat awam dapat kenaikan gaji sama macam persekutuan
RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 dilulus Dewan Undangan Negeri
206 klinik, fasiliti kesihatan daif di Sarawak dikenal pasti
#AWANIBorneo 7 Mei 2024
Janji Hajiji, semua penjawat awam dapat kenaikan gaji sama macam persekutuan
RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024 dilulus Dewan Undangan Negeri
206 klinik, fasiliti kesihatan daif di Sarawak dikenal pasti
[TERKINI] YDP Agong lihat Parlimen Singapura bersidang
Saya tidak sanggup tengok pelajar dalam kontena - Abang Jo
Enggan pelajar belajar di dalam kontena jadi punca Tan Sri Abang Johari sanggup menanggung kos pembinaan sekolah-sekolah daif di negeri itu untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pokok tumbang: Wanita Sweden dipercayai penumpang e-hailing cedera
Dua mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini pada Selasa dipercayai pemandu e-hailing dan penumpang warga Sweden.
Sabah fokus kepada amalan penyahkarbon menjelang 2050
Perubahan iklim dan pembangunan sosioekonomi serta cabaran kecerdasan organisasi merupakan topik utama yang dibincangkan di dalam Forum Kesedaran Inisiatif Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Korporat (ESG).
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Ahli koperasi digesa pelbagaikan perniagaan
Pengarah SKM Negeri Sabah, Matias Kundapin menggesa ahli koperasi di negeri itu untuk mempelbagaikan jenis perniagaan supaya kekal relecan dan menyumbang kepada ekonomi negara.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Mangsa wanita berusia 38 dan 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu mengalami kecederaan ringan susulan letupan bom pada 9.35 malam pada Isnin.
206 klinik, fasiliti kesihatan daif di Sarawak dikenal pasti
51 daripada 206 klinik dan fasiliti kesihatan yang dikenalpasti daif oleh KKM di Sarawak terletak di kawasan bandar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak laksana subsidi bersasar guna data sedia ada
Kerajaan Sarawak sedia melaksanakan bantuan subsidi bersasar kerajaan persekutuan menggunakan data sedia ada agensi-agensidi wilayah itu Seperti yang dilakukan untuk Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
20,000 unit rumah PR1MA, monorel untuk P. Pinang
Datuk Seri Najib Razak berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika BN memeritah negeri itu.