awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 lagi jenazah mangsa pemerdagangan manusia selamat dikebumikan

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2015
10:59 MYT
20 lagi jenazah mangsa pemerdagangan manusia selamat dikebumikan
Kumpulan jenazah itu merupakan fasa kelima daripada 130 mayat mangsa yang ditemui di Bukit Wang Burma. - Foto Bernama
20 jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang ditemui di puncak Bukit Wang Burma dekat Wang Kelian, Perlis selamat dikebumikan siang tadi.
Pengebumian disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang di Pokok Sena, Kedah iaitu di lokasi sama 99 jenazah mangsa disemadikan sebelum ini.
Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Zahari Ismail, jenazah 14 lelaki, dua wanita dan empat tidak dapat dikenalpasti identiti tiba di tanah perkuburan itu kira-kira jam 11.30 pagi dan disemadikan di dalam dua liang lahad.
Jenazah itu merupakan fasa kelima daripada 130 mayat mangsa yang ditemui di Bukit Wang Burma.
Upacara pengebumian diuruskan oleh JAIK dibantu Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk tempatan.
Baki 11 jenazah lain dijangka dikebumikan dalam tempoh terdekat, selesai proses bedah siasat.
Setakat ini, 119 jenazah mangsa sudah dikebumikan.
Pada 22 Ogos lalu, 24 mayat mangsa pemerdagangan manusia ditemui kira-kira lima kilometer daripada penemuan sebelum ini di Bukit Wang Burma.
Mayat berkenaan ditemui oleh anggota komando 69 ketika melakukan latihan di kawasan bukit itu.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#kubur
#padang besar
#pemerdagangan manusia
#Rohingya
#Wang Kelian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan