awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurulatih Senegal tinggalkan sidang media selepas diejek wartawan
Lembaga Keamanan Gaza di bawah AS tawar keahlian tetap dengan bayaran AS$1 bilion
Angka korban nahas tren berkelajuan tinggi tergelincir di Sepanyol meningkat kepada 21
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 motosikal musnah dalam kebakaran rumah di Parit Buntar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
19/01/2026
00:10 MYT
20 motosikal musnah dalam kebakaran rumah di Parit Buntar
Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B berkeluasan 20 X 70 yang dijadikan stor penyimpanan motosikal dan peralatan motosikal musnah terbakar 70 peratus.
IPOH: Sebanyak 20 buah motosikal musnah dalam kebakaran sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan kenderaan itu dan alat ganti di Lorong Parit 1, Titi Serong, Kampung Kedah, Parit Buntar, awal pagi ini.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu jam 1.50 pagi.
Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B berkeluasan 20 X 70 yang dijadikan stor penyimpanan motosikal dan peralatan motosikal musnah terbakar 70 peratus.
“Sebuah kereta Honda FD turut terbakar lima peratus dan 20 buah motosikal musnah terbakar 90 peratus.
“Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan sizeup seterusnya mengaplikasikan konsep RECEO dengan mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran hos 200 kaki dengan dua pancutan, bersumberkan air tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.
Operasi yang membabitkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar, dibantu 16 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Parit Buntar, Bagan Serai, Bagan Tiang dan Kuala Kurau tamat sepenuhnya jam 5.50 pagi.
Topic Berkaitan
#rumah terbakar
#20 motosikal musnah
#kebakaran
#parit buntar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan