awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran tanah gambut: Unit udara JBPM dijangka mulakan kaedah pengeboman air hari ini
Pengusaha kedai makan rugi RM364,500 diperdaya individu menyamar polis
Buruh binaan maut dalam kebakaran rumah di Kuala Nerus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 pelajar tahfiz, empat ustaz selamat dalam kebakaran

Bernama
Bernama
20/07/2025
14:19 MYT
20 pelajar tahfiz, empat ustaz selamat dalam kebakaran
Sebanyak 20 pelajar tahfiz dan empat ustaz Mahaad Tahfiz Husnul Khotimah berjaya menyelamatkan diri selepas bahagian bumbung bangunan tahfiz struktur jenis kekal terbakar petang tadi. - Foto Sinar Harian
KUCHING: Sebanyak 20 pelajar tahfiz dan empat ustaz Mahaad Tahfiz Husnul Khotimah di Semerah Padi dekat sini, berjaya menyelamatkan diri selepas bahagian bumbung bangunan tahfiz struktur jenis kekal terbakar petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.47 petang, sebelum sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dan Padungan digerakkan ke lokasi.
"Kejadian membabitkan kebakaran pada bahagian bumbung bangunan tahfiz struktur jenis kekal, manakala tingkat bawah bangunan tidak terjejas. Menurut saksi di lokasi, kebakaran berpunca daripada litar pintas.
"Kesemua penghuni iaitu 20 pelajar tahfiz dan empat ustaz berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan anggota bomba bertindak melakukan pemadaman secara offensive dan defensive menggunakan sumber air dari pam jentera dan pili bomba berdekatan sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.
Operasi tamat sepenuhnya pada 6.48 petang, manakala punca kebakaran dan nilai kerugian sedang disiasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar tahfiz
#kebakaran
#Mahaad Tahfiz Husnul Khotimah
#Semerah Padi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan