MALAYSIA
20 rumah musnah terbakar di Kuala Perlis

Kesemua mangsa adalah mereka yang pernah terlibat dalam insiden kebakaran besar di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis pada 2004. - Foto Bernama
Sebanyak 20 buah rumah panjang musnah dalam kebakaran di Taman Pelangi, Kuala Perlis di sini petang Isnin, melibatkan lebih 60 penghuni.
Pengarah Bomba Perlis Fadzil Haron berkata kejadian itu merupakan terbesar tahun ini, dan kesemua mangsa adalah mereka yang pernah terlibat dalam insiden kebakaran besar di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis pada 2004.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.18 petang dan tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke deretan rumah lain pada 6.15 petang.
"Siasatan awal mendapati kejadian tidak melibatkan kehilangan nyawa, hanya dua mangsa cedera ringan di kepala akibat dihempap kayu ketika cuba menyelamatkan barangan rumah," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Anggota Parlimen Arau, turut melawat lokasi kejadian.
Kesemua mangsa kini ditempatkan di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami