awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 tahun bawah Amerika Syarikat pun, ada diskriminasi terhadap wanita Afghanistan - Kamarudin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
25/10/2021
03:21 MYT
20 tahun bawah Amerika Syarikat pun, ada diskriminasi terhadap wanita Afghanistan - Kamarudin
Kamarudin berkata, diskriminasi terhadap wanita Afghanistan berlaku sekian lama, dan bukan hanya ketika Taliban mengambil alih pemerintahan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Laporan Jurang Gender Global 2021 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) telah meletakkan Afghanistan di tangga paling bawah antara 156 negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Kamarudin Jaffar (Bersatu – Bandar Tun Razak) berkata, hal itu menunjukkan diskriminasi terhadap golongan wanita Afghanistan sudah berlaku sekian lama, dan bukan hanya ketika Taliban mengambil alih pemerintahan.
Namun beliau berkata, Malaysia komited untuk bersama-sama dengan negara-negara lain bagi memperjuangkan nasib tersebut, termasuk dengan cadangan pembinaan sekolah khusus untuk wanita dan anak-anak perempuan.
“Suka saya catitkan dan laporkan, laporan WEF pada tahun ini, sebelum kerajaan baru, meletakkan meletakkan Afghanistan pada kedudukan terakhir antara 156 negara.
“Ini bermakna, walaupun Amerika Syarikat (AS) telah kuasai Afghanistan selama 20 tahun, gender dan wanita tak terbela pun oleh kuasa asing ini. Takkan nak harap Kerajaan baharu Afghanistan baru dua bulan, dan ubah semuanya dalam masa begitu cepat,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Xavier Jayakumar (Bebas – Hulu Langat) yang mahu mengetahui sekiranya Kerajaan bersama-sama dengan OIC atau mana-mana negara, untuk membina hospital, atau sekolah khusus untuk wanita di negara itu.
Terdahulu, Lim Guan Eng (PH - Bagan) yang ingin mengetahui pendirian Malaysia terhadap Kerajaan Afghanistan pimpinan Taliban, serta pandangan kerajaan tentang nasib wanita di negara itu.
Kamarudin berkata, pendirian Malaysia adalah selari dengan seluruh komuniti antarabangsa iaitu memberi keutamaan kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula Afghanistan.
Jelasnya lagi, Malaysia seperti negara-negara lain berpandangan keterlibatan secara membina (constructive engagement) perlu dilakukan dengan pihak yang berkuasa di Afghanistan.
Dalam isu pengiktirafan sesebuah negara, beliau berkata, terdapat faktor-faktor atau parameter tertentu yang perlu diambil kira atau dipertimbangkan.
“Antara faktor-faktor tersebut adalah seperti isu keabsahan atau dengan izin ‘legitimacy’ yang merujuk kepada tahap penerimaan rakyat negara berkenaan terhadap penguasaan dan penubuhan kerajaan di negara tersebut.
“Seterusnya, kerajaan yang dibentuk hendaklah bersifat inklusif yang merangkumi penyertaan pelbagai golongan termasuk etnik-etnik minoriti, serta penyertaan wanita dalam pemerintahan bagi tujuan mencapai keamanan dan kestabilan berkekalan,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, Malaysia akan terus memantau perkembangan di Afghanistan.
Pada masa yang sama, tambaHnya lagi, Wisma Putra juga bersedia menjadi pemudah cara kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia dalam usaha untuk menghulurkan bantuan-bantuan kemanusiaan kepada rakyat Afghanistan yang memerlukan.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Kamaruddin Jaafar
#wanita Afghanistan
#Taliban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan