awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

200 usahawan veteran ATM luar bandar dibantu - Adly

Bernama
Bernama
07/07/2023
12:51 MYT
200 usahawan veteran ATM luar bandar dibantu - Adly
Adly Zahari berkata usaha membantu usahawan berkenaan akan dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. - Gambar fail
SUNGAI PETANI: Lebih 200 usahawan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan luar bandar dikenal pasti untuk disalurkan bantuan tertentu bagi meningkatkan pendapatan mereka.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata usaha membantu usahawan berkenaan akan dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
"Usahawan veteran ini menceburi pelbagai bidang, termasuklah pertanian...jadi bantuan akan diberikan kepada mereka berdasarkan keperluan, tidak semestinya dalam bentuk wang tunai.
"Di bawah Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) terdapat lebih kurang 22,000 usahawan...dan kita telah mengenal pasti lebih 200 usahawan veteran yang ada di kawasan luar bandar untuk dibantu," katanya kepada pemberita selepas menyantuni veteran ATM di Kampung Sungai Baru, Bedong di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Sophian Isswandy Ismail.
Sementara itu, Adly berkata Program Peduli Veteran (PPV) akan diteruskan ke seluruh negara bagi menyantuni veteran ATM dan memastikan golongan itu mendapat insentif yang disediakan
"Saya juga berharap agar kita dapat menambah baik perkhidmatan di JHEV demi menjaga kebajikan veteran ATM dan keluarga mereka," katanya.
Terdahulu, Adly turut melawat Pusat Rawatan Dialisis Amal Afiat Sdn Bhd dan menyantuni tujuh veteran ATM yang menerima rawatan di situ.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#VETERAN ATM
#luar bandar
#Adly Zahari
#pendapatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan