awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Empat pemegang taruh berperanan penting, perkukuh Agenda Negara Menua
MALAYSIA
220 projek pertanian diluluskan di bawah program optimum penggunaan tanah
MALAYSIA
Rafizi desak AGC segera fail semula pertuduhan SRC International terhadap Najib
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

2,000 pelajar tahfiz di Pahang sertai program solidariti Palestin

Bernama
Bernama
20/06/2025
00:40 MYT
2,000 pelajar tahfiz di Pahang sertai program solidariti Palestin
Syed Ibrahim berkata Program Himpunan Huffaz Pahang 3.0 menjadi platform penyaluran bantuan kepada pelajar tahfiz dan memperlihatkan semangat solidariti rakyat Pahang terhadap perjuangan rakyat Palestin. - Foto Jabatan Agama Islam Pahang
TEMERLOH: Sebanyak 2,000 pelajar tahfiz di seluruh negeri ini menyertai Program Himpunan Huffaz Pahang 3.0 Solidariti Palestin sempena Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang (IMP) 2025 kepada Kluster Agama di sini semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata menerusi program itu, kerajaan negeri menyalurkan bantuan sebanyak RM2,000 kepada setiap 179 maahad tahfiz, selain RM100 kepada setiap pelajar yang hadir.
"Bagi pelajar yang tidak dapat hadir hari ini, insya-Allah pihak kerajaan negeri akan membuat susulan sama ada melalui penganjuran majlis khas atau menjemput mereka ke jabatan," katanya kepada Bernama di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.
Syed Ibrahim berkata program berkenaan bukan sahaja menjadi platform penyaluran bantuan kepada pelajar tahfiz, malah turut memperlihatkan semangat solidariti rakyat negeri ini terhadap perjuangan rakyat Palestin.
"Kita bersyukur kerana semua maahad tahfiz di Pahang memberikan kerjasama yang sangat baik. Program ini juga menjadi medan untuk menyatakan bahawa kita sentiasa bersama mereka (rakyat Palestin) melalui doa dan munajat yang dipanjatkan sepanjang majlis berlangsung," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Solidariti Palestin
#pelajar tahfiz
#Pahang
#syed ibrahim syed ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami