awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

201 kes, dua kluster baharu di Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
07/03/2021
11:12 MYT
201 kes, dua kluster baharu di Sarawak
JPBN Sarawak turut mengumumkan Daerah Bau bertukar kepada status merah setelah mencatatkan 41 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.- Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sarawak hari ini merekodkan penambahan 201 kes positif COVID-19. Ia jumlah kes kedua tertinggi selepas Selangor yang mencatat 746 kes.
Sibu mencatat kes tertinggi di Sarawak hari ini dengan 75 kes dengan 42 daripadanya dari kluster baharu iaitu Kluster Jalan Awang.
“Kluster ini melibatkan penghuni Penjara Sibu yang dikesan melalui pengesanan kes secara aktif (ACD).
“Hasil saringan tersebut seramai 42 kes positif COVID-19 melibatkan 41 tahanan lelaki dan seorang tahanan perempuan,” jelas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi kenyataannya pada Ahad.
Satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Kiba melibatkan sebuah rumah panjang di Ulu Durin Kiba di Daerah Sibu dengan pambahan 32 kes.
“Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-9,790 iaitu seorang wanita Sarawak berumur 53 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 27 Februari 2021.
“Kes ini mula menunjukkan tanda dan gejala pada 24 Februari 2021,” jelas kenyataan itu lagi.
Perkembangan lain menyaksikan Daerah Bau bertukar kepada status merah setelah mencatatkan 41 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.
Sementara Daerah Lundu bertukar ke status Kuning setelah merekodkan dua kes baharu jangkitan tempatan hari ini.
JPBN Sarawak dalam mesyuaratnya turut memutuskan untuk menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Kampung Tringgus, Bau berkuatkuasa 8 Mac (12.01 pagi) hingga 21 Mac 2021 (11.59 malam).
Keputusan dibuat susulan kes positif dari kampung berkenaan yang semakin meningkat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sarawak
#Sibu
#kluster
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#kes positif
#lelaki
#penjara
#wanita
#Bau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan