awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2013: Pemimpin dunia, selebriti terus popularkan 'selfie'

Syafique Shuib
Syafique Shuib
30/12/2013
01:26 MYT
2013: Pemimpin dunia, selebriti terus popularkan 'selfie'
Selfie atau merakam gambar diri sendiri bukanlah perkara yang baru. Namun, tahun 2013 merupakan tahun Selfie kerana perkataan itu pun menjadi ‘Word of the Year’ oleh Kamus Oxford.
Menurut Judy Pearsall dari Oxford Dictionaries, perkataan Selfie digunakan buat pertama kali pada tahun 2002 di dalam forum online di Australia, dan hashtag #Selfie digunakan pada tahun 2004 di dalam Flickr.
Namun perkataan itu mula menjadi trending pada tahun 2012 dan tahun ini seperti 'demam' Selfie. Pengguna Instagram, yang berstatus selebriti dan bukan, terus memuat naik gambar Selfie mereka di rumah, pejabat, kafe, bersama rakan-rakan dan dimana sahaja. Malah, pemimpin kenamaan dunia juga sudah mula merakam gambar diri sendiri.
Pada bulan Ogos, sekumpulan remaja bergambar bersama Pope Francis di Vatican, menjadikan ia sebagai Selfie pertama oleh seorang Pope.
Pope Francis
Pope Francis
Pada awal bulan December tahun ini, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Perdana Menteri Britain David Cameron dan Perdana Menteri Denmark Helle Thorning Schmidt merakam foto ala Selfie pada upacara memperingati mediang Nelson Mandela. Walaupun mereka bersahaja, namun aksi mereka dikecam dalam media social seolah tidak menghormati majlis.
Barack Obama Selfie
Barack Obama Selfie
“Pada ketika itu, saya berpendapat bahawa pemimpin dunia ini menjadi seperti manusia biasa – seperti anda dan saya. Bagi saya, tiada salah untuk tokoh dunia ini merakam Selfie,” kata jurugambar AFP Roberto Schmidt yang merakam gambar Obama, Cameron dan Schmidt.
Selain tokoh dunia, selebriti Hollywood juga kerap merakam Selfie seperti Kim Kardashian, Kendall Jenner, Rihanna dan Miley Cyrus.
Selebriti wanita
Selebriti wanita
Selebriti lelaki seperti James Franco, Nick Jonas, Adam Lambert dan Ryan Seacrest juga penggemar Selfie.
Selebriti Lelaki
Selebriti Lelaki
Selebriti tempatan juga tidak ketinggalan untuk kongsi Selfie mereka bersama para peminat. Lihat sahaja aksi Datuk Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Amy Search, Nabila Huda dan Zizan Razak:
Artis tempatan
Artis tempatan
Menurut Yahoo, pada tahun 2014, 880 bilion gambar bakal dirakam dan kebanyakan ia dijangka adalah Selfie.
Topic Berkaitan
#Barack Obama
#Datuk Siti Nurhaliza
#David Cameron
#Instagram
#Kim Kardashian
#Miley Cyrus
#Oxford Dictionaries
#selfie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan