awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 ditahan dipercayai kemuka penyata akaun bank syarikat palsu - SPRM

Bernama
Bernama
10/01/2022
15:55 MYT
21 ditahan dipercayai kemuka penyata akaun bank syarikat palsu - SPRM
Sumber SPRM memberitahu kesemua suspek berusia antara 31 dan 77 tahun ditahan secara berasingan di sekitar Bangi, Selangor dan Pejabat SPRM Kedah di sini, pada Isnin. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Seramai 21 individu termasuk tiga wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan.
Sumber SPRM memberitahu kesemua suspek berusia antara 31 dan 77 tahun ditahan secara berasingan di sekitar Bangi, Selangor dan Pejabat SPRM Kedah di sini, pada Isnin.
"Semua OKT (Orang Kena Tahan) ditangkap kerana dipercayai mengemukakan penyata akaun bank milik syarikat yang mempunyai butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan untuk melayakkan syarikat mereka memasuki tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara," katanya pada malam ini.
Sumber berkenaan berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada pemilik, pengarah dan pengurus syarikat selain kontraktor serta bekerja sendiri.
Menurutnya SPRM juga sedang mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dan sedang mendapatkan dokumen penting dalam kes itu, selain merakam pernyataan beberapa saksi.
Katanya SPRM juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan berkaitan kes itu selepas ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#penyata akaun palsu
#SPRM Kedah
#bangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan