awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 kes pecah rumah sepanjang tempoh Op Selamat 18 di Perak

Aida Aziz
Aida Aziz
13/05/2022
13:12 MYT
21 kes pecah rumah sepanjang tempoh Op Selamat 18 di Perak
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid bagaimanapun berkata, kes tersebut membabitkan mangsa yang tidak memaklumkan ketiadaannya di rumah kepada pihak polis. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Sebanyak 21 kes pecah rumah dilaporkan di negeri ini sepanjang tempoh Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri, yang dilaksanakan pada 29 April hingga 8 Mei lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid bagaimanapun berkata, kes tersebut membabitkan mangsa yang tidak memaklumkan ketiadaannya di rumah kepada pihak polis.
Beliau berkata, tiada kes pecah rumah dilaporkan bagi kediaman yang ditinggalkan serta dimaklumkan kepada pihak polis ketika musim perayaan.
"Pihak polis telah menamatkan Op Selamat 18 pada 8 Mei lalu dengan menumpukan kepada keselamatan harta benda dan rumah kediaman serta mengurangkan kes kemalangan jalan raya.
"Sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu, Polis Perak telah menyeru orang ramai untuk mengisi borang 'balik kampung' di balai polis berdekatan atau menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).
"Ia bagi memaklumkan ketiadaan penghuni di rumah bagi tujuan pemantauan pihak polis. Sepanjang musim perayaan baru-baru ini, tiada kes pecah rumah yang berlaku di kediaman yang ditinggalkan di atas tindakan pemantauan terhadap rumah yang dilaporkan kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, Mior Faridalatrash berkata sebanyak 16,570 saman telah dikeluarkan sepanjang tempoh Op Selamat 18.
Di samping itu, sebanyak 21 kes kemalangan maut dicatatkan, manakala jumlah kemalangan keseluruhan yang dilaporkan ialah sebanyak 1,578 kes.
"Saman yang dikeluarkan merangkumi pelbagai kesalahan jalan raya termasuk saman bagi enam kesalahan utama.
"Antara kesalahan yang menjadi fokus sewaktu Op Selamat 18 ialah memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan tidak berhenti di lampu isyarat.
"Manakala bagi kesalahan menggunakan alat komunikasi semasa memandu, pesalah dikehendaki hadir ke mahkamah untuk perbicaraan," katanya lagi.
Beliau turut menzahirkan penghargaan di atas kerjasama orang ramai kepada pihak polis dalam menjaga keselamatan harta benda dan mematuhi undang-undang jalan raya.
Selain itu beliau turut menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan pemanduan yang selamat dan berhemah sepanjang masa supaya kemalangan di jalan raya dapat dikurangkan.
Topic Berkaitan
#kes pecah rumah
#Perak
#Op Selamat
#Hari Raya Aidilfitri
#musim perayaan
#polis perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan