KUALA LUMPUR:Kesemua 21 pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan komitmen untuk saling bekerjasama dan menyokong satu sama lain dalam usaha mendapatkan vaksin COVID-19.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) pada Jumaat.
"Pemimpin APEC turut memperakui supaya memenuhi keperluan melibatkan mereka yang terjejas akibat pandemik itu dan memperkasa sektor ekonomi.
"Kami juga terbuka menerima bantuan dari sumber luar melangkaui APEC dalam memerangi pandemik ini serta menyokong pekerja dan sektor melalui proses pemulihan ekonomi," katanya.
Ujarnya, apa yang penting ketika ini adalah untuk merealisasikan deklarasi berkait usaha memudahkan pergerakan keperluan asas dalam rantau APEC yang dipelopori oleh Malaysia.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Nov 20 2020

Kesemua pemimpin APEC menyatakan komitmen untuk saling bekerjasama dan menyokong satu sama lain dalam usaha mendapatkan vaksin COVID-19. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

AWANI Ringkas: Pengambilan pekerja perlahan tahun 2021 | Individu sering menaip di komputer terdedah

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57
Malaysia mencatatkan skor sebanyak 51 daripada 100 berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun sebelumnya.

COVID-19 | Sekatan di England diteruskan sehingga 8 Mac depan
Perdana Menteri UK, Boris Johnson pertahan keputusan berkenaan sekatan di England tetap akan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga 8 Mac ini. Johnson mengingatkan bahawa sasaran sekatan sehingga 8 Mac itu bergantung kepada kejayaan sekatan yang sedang dilaksanakan danprogram vaksinasi di negara itu.

Vaksin COVID-19 | Ketegangan antara Astrazeneca dan EU berterusan
Ketegangan antara Kesatuan Eropah dan Astrazeneca kian meningkat selepas pengeluar vaksin COVID-19 itu terus mempertahankan diri daripada tuntutan mengingkari perjanjian dalam pengedaran vaksin. Ketua Eksekutifnya, Pascal Soriot mendakwa, pengagihan kepada blok 27 negara itu adalah sasaran dan bukanlah satu bentuk komitmen.

COVID-19 Global | New Zealand catat 2 kes tambahan dalam komuniti
New Zealand yang menerima pujian kerana kecekapan dalam mengendalikan pandemik COVID-19, kini mula mencatatkan kembali kes penularan dalam komuniti. Tambahan dua kes positif COVID-19 varian afrika selatan melibatkan seorang dewasa dan anaknya itu dipercayai dijangkiti di tempat kuarantin bagi pesakit pertama hujung minggu lalu.

PdPR | Pusat Internet Komuniti beri manfaat kepada pelajar
Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan antara pendekatan yang boleh membantu menangani masalah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika ini. Bagi seorang pelajar Che Hafizal Farish Che Kheari... Dia sering datang ke Pusat Internet Komuniti di sebuah kampung di Tambun untuk mengulangkaji pelajaran.

Sarawak aktifkan semula pusat transit gelandangan di Sibu
Kerajaan negeri mengaktifkan semula pusat transit sementara bagi menempatkan gelandangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu.

Perayaan Thaipusam: Pihak berkuasa mengawal rapi sambutan di Sg Petani
28 anggota polis ditempatkan di Kuil Sri Subramaniam, Sungai Petani ketika perayaan thaipusam bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memaklumkan, berdasarkan arahan terbaru dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), hanya lima orang saja dibenarkan berada di kuil sepanjang perayaan itu berlangsung.

Macau Scam: Wanita rugi lebih RM125,000 ditipu penyamar LHDN, polis
Seorang kakitangan awam berputih mata apabila duit pinjaman dan simpanannya lesap sekelip mata selepas diperdaya sindiket Macau Scam. Mangsa wanita berusia 46 tahun itu bekerja sebagai pembantu tadbir amanah kerugian RM125,498.25 selepas ditipu anggota sindiket yang mendakwa pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rasuah | Perangi rasuah tidak boleh bermusim
Usaha membudayakan integriti dan memerangi rasuah tidak sepatutnya dilakukan secara bermusim. Memetik kupasan Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Anis Yusal Yusoff menerusi portal Sinar Harian, beliau menegaskan usaha itu harus berterusan dan berulang kali.

PM ucap selamat menyambut Thaipusam
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sambutan Thaipusam kali ini terpaksa dibuat secara bersederhana tanpa perarakan besar seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Malaysia - Australia jalin kerjasama tangani impak COVID-19
Malaysia dan Australia bersetuju mengambil beberapa langkah berkesan untuk menangani dan mengurangkan impak negatif terhadap penularan pandemik COVID-19.

Program Subsidi Upah tidak cukup? Ini jawapan Tengku Zafrul...
Peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta lagi disalurkan bagi PSU 3.0, menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM1.5 bilion.

PKP 2.0: RM150 juta lagi diperuntukkan untuk GKP PERMAI
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan GKP adalah sebanyak RM800 juta berbanding RM650 juta.

Kesan pandemik COVID-19 antara isu dalam mesyuarat pertama MKB - PM
Kesan besar COVID-19 terhadap ekonomi negara yang turut melibatkan Bumiputera merupakan antara perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat MKB.

Usah politikkan Proklamasi Darurat - Ismail Sabri
Proklamasi itu bagi memudah cara dan memperkasa segala tindakan kerajaan dalam mengawal penularan virus.

COVID-19: Pilihan raya dan pilihan rakyat
Pilihan raya demokrasi menjadi bahagian penting dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem berparlimen dan demokrasi.

Vaksin COVID-19 menurut perspektif Islam
Tatkala Malaysia menunggu ketibaan bekalan vaksin COVID-19 yang dijangka pada bulan hadapan, masih ada sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan keabsahan dan kehalalan vaksin itu.

Pemimpin parti dalam Majlis Presiden PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula Februari depan

Hadi sifatkan berbalah pasal jawatan PM ketika COVID-19 kerja mengarut
Perbalahan itu hanya mengganggu usaha membantu rakyat yang terkesan oleh penularan pandemik tersebut, justeru harus dihentikan.