awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dibatal berikutan jerebu

Bernama
Bernama
25/09/2015
12:52 MYT
21 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dibatal berikutan jerebu
Kesemua penerbangan itu melibatkan laluan domestik dan antarabangsa dengan penumpang terjejas berjumlah 1,000 orang - Foto Fail
Keadaan jerebu yang tebal memaksa empat syarikat membatalkan 21 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini awal pagi Jumaat.
Ketua Pegawai Operasi Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd, Noor Safura Suib berkata penerbangan dibatalkan berikutan jarak ketampakan kurang daripada 1,000 meter dari pukul 6 hingga 8.30 pagi.
"Kesemua penerbangan itu melibatkan laluan domestik dan antarabangsa dengan penumpang terjejas berjumlah 1,000 orang," katanya yang dihubungi Bernama hari ini.
Bagaimanapun, Noor Safura berkata lima penerbangan iaitu dua Malindo Air dan masing-masing satu Firefly, AirAsia dan Malaysia Airlines dibenarkan berlepas setelah keadaan beransur pulih pada tengah hari.
"Namun kita tidak pasti sama ada penerbangan yang lain masih dapat diteruskan ataupun sebaliknya, ia bergantung kepada syarikat penerbangan itu sendiri.
"Setakat ini kita cuma mampu membantu apa yang terdaya kepada penumpang," katanya.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Pasir Gudang mencatat tahap sangat tidak sihat pada pukul 9 pagi iaitu 201, namun ia turun kepada 180 setakat 3 petang tadi.
Keadaan sama turut dialami di kawasan Larkin Lama dengan bacaan IPU 172 dan Kota Tinggi (123) pada pukul 3 petang.
Topic Berkaitan
#jerebu
#Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
#Noor Safura Suib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan