awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi

217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga

Bernama
Bernama
06/02/2026
12:45 MYT
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
Nga berkata pihaknya menyasarkan 100 lagi TRM untuk disiapkan tahun ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menyiapkan sebanyak 217 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara setakat ini, dalam usaha memperkasa kemudahan rekreasi dan meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.

Ringkasan AI
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyiapkan 217 Taman Rekreasi MADANI di seluruh negara, serta merancang untuk menyiapkan 100 lagi TRM pada tahun ini, demi memperkasa kemudahan rekreasi dan meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.
  • Projek naik taraf TRM Taman Komuniti Lebuh Arked, Sungai Petani, Kedah, yang siap sepenuhnya pada 20 Oktober tahun lepas dengan kos RM499,800, merupakan contoh inisiatif pembangunan infrastruktur landskap yang optimum bagi mewujudkan ruang rekreasi yang lebih selesa, selamat, dan inklusif untuk komuniti setempat.
  • Malaysia berhasrat untuk membina 1,000 TRM di seluruh negara menjelang 2035 dengan peruntukan RM85.6 juta, sebagai sebahagian daripada usaha memperluas ruang hijau awam, meningkatkan kesejahteraan komuniti, serta menyokong agenda pembangunan mampan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata pihaknya menyasarkan 100 lagi TRM untuk disiapkan tahun ini.
"Impian 1,000 taman. Setakat hari ini 217 Taman MADANI sudah KPKT siapkan dan tahun ini akan bertambah 100 Taman MADANI lagi," katanya menerusi hantaran di aplikasi X.
Dalam hantaran itu, Nga turut memuat naik poster projek naik taraf TRM Taman Komuniti Lebuh Arked, Sungai Petani, Kedah yang siap sepenuhnya pada 20 Okt tahun lepas, dengan kos RM499,800.
Berdasarkan kenyataan pada poster itu, projek berkenaan adalah inisiatif pembangunan infrastruktur landskap yang optimum di kawasan seluas tiga ekar bagi mewujudkan ruang rekreasi lebih selesa, selamat dan inklusif untuk komuniti setempat.
Malaysia menyasarkan pembangunan 1,000 TRM di seluruh negara menjelang 2035 dengan peruntukan RM85.6 juta kepada Jabatan Landskap Negara, selari usaha memperluas ruang hijau awam, meningkatkan kesejahteraan komuniti dan menyokong agenda pembangunan mampan.
Pembangunan TRM adalah antara inisiatif utama KPKT bagi mendekatkan kemudahan rekreasi kepada rakyat dan sejak dilancarkan pada 2024, kementerian dilaporkan telah melepasi sasaran tahunan pembinaan 100 taman rekreasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#taman rekreasi MADANI
#Jabatan Landskap Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.