Skip to main content

Dunia

Dua cedera terkena serpihan misil di Arab Saudi

Direktorat Jeneral Pertahanan Awam Arab Saudi memaklumkan bahawa dua orang cedera pada Ahad apabila serpihan daripada dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi terjatuh di daerah Khamis Mushait dan Ahad Rafidah selepas peluru berpandu berkenaan dipintas dan dimusnahkan. - Foto REUTERS

Advertisement

RIYADH: Direktorat Jeneral Pertahanan Awam Arab Saudi memaklumkan bahawa dua orang cedera pada Ahad apabila serpihan daripada dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi terjatuh di daerah Khamis Mushait dan Ahad Rafidah selepas peluru berpandu berkenaan dipintas dan dimusnahkan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Serpihan itu mencederakan seorang warga Arab Saudi dan seorang penduduk warga Asia, serta merosakkan tiga bangunan kediaman dan tujuh kenderaan.

Pasukan direktorat bertindak terhadap insiden berkenaan dan menjalankan prosedur standard.

Terdahulu pada Ahad, pakatan diketuai Arab Saudi yang menyokong kerajaan Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa mengumumkan pemintasan dan pemusnahan 12 peluru berpandu dan dua dron yang dilancarkan oleh Houthi ke arah Arab Saudi.

-- BERNAMA-SPA

Must Watch Video

Advertisement