Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 Oktober 2026.
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 Oktober 2026.

Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 Oktober 2026.

1. Malaysia terus bantu Indonesia tangani masalah jerebu - Ahmad Zahid

Malaysia terus menghulurkan bantuan kepada Indonesia bagi mengatasi isu jerebu merentas sempadan yang melanda ketika ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

2. Orang Besar Istana Syed Budriz Putra Jamalullail dahului enam penerima Darjah Kebesaran Selangor

Orang Besar Istana Engku Maharaja Lela Setia Paduka Datuk Syed Budriz Putra Jamalullail Syed Amir Abidin Jamalullail mendahului senarai enam penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

3. PRN Melaka: Isu calon MCA dibincang sebelum 31 Okt - Pengerusi BN

Isu ketidakpuasan hati MCA berhubung pengumuman calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16 akan dibincangkan dan diselesaikan secara bersama sebelum 31 Okt ini.

4. Teguran Sultan Selangor bukan campuri urusan kerajaan, hanya pastikan kebajikan rakyat diberi perhatian

Baginda menzahirkan komitmen memelihara agama Islam, keadilan dan kemakmuran rakyat Selangor selaras Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959.

5. KPN arah JSJ Bukit Aman segera siasat kes kematian Noorizwan

Mohd Khalid berkata siasatan itu perlu dilaksanakan dengan teliti susulan penemuan beberapa kecederaan luar biasa pada tubuh Allahyarham.

6. Dari Singapura, Sabah hingga Kelantan! Lebih 10,000 tetamu raikan Syed Saddiq & Bella Astillah di Muar

Lebih 10,000 tetamu hadir memeriahkan majlis resepsi YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah di Muar, Johor pada Ahad.

7. PRN Melaka: Calon, jentera PH digesa raih kepercayaan rakyat, tangkis fitnah

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh calon dan jentera parti, bekerja keras bagi meraih kepercayaan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

8. Bendera terbalik: Tuntut hak bukan alasan hina negara - MAPIM

Perjuangan menuntut hak Sabah dan Sarawak tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghina Jalur Gemilang atau mencetuskan permusuhan antara rakyat Semenanjung dengan kedua-dua wilayah berkenaan.

9. BN, PH kosong tujuh kerusi, petanda penjajaran politik baharu?

Keputusan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) belum mengumumkan calon bagi tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dilihat berpotensi membuka ruang kepada kerjasama politik baharu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

10. Amaran keselamatan tidak jejas perjalanan umrah jemaah Malaysia - Operator

Perjalanan umrah jemaah Malaysia ke Tanah Suci diteruskan seperti biasa meskipun Arab Saudi mengeluarkan amaran keselamatan di beberapa kawasan susulan kemungkinan ancaman keselamatan.
 

 

Must Watch Video

Advertisement