KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 262 laporan membabitkan 330 mangsa yang terkandas akibat sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.
Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hasan berkata daripada jumlah itu, 218 mangsa telah berjaya diselamatkan manakala 113 lagi mangsa masih terkandas di luar negara seperti di Kemboja, Myanmar, Laos dan negara-negara lain.
"Bagi negara Kemboja yang kita pergi baru-baru ini, setakat 26 Januari, terdapat 114 laporan polis melibatkan 145 orang mangsa. Daripada jumlah mangsa tersebut 116 orang mangsa telah berjaya diselamatkan, dan terdapat 29 orang mangsa masih terkandas," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Tambahnya, hasil daripada misi khas ke Kemboja pada 24 sehingga 27 Januari itu, terdapat lima orang mangsa telah berjaya diselamatkan tetapi sedang ditahan di depoh imigresen negara itu kerana pelanggaran undang-undang imigresen.
Abd Jalil menjelaskan tujuan misi khas tersebut adalah untuk berunding dan memohon kepada pihak berkuasa Kemboja untuk mengesan dan menyelamat mangsa-mangsa yang masih terkandas. Selain itu, bagi rundingan mempercepatkan proses menghantar pulang mangsa yang berjaya diselamatkan.
Misi itu juga bagi mempertingkatkan kerjasama dan koordinasi bantuan menyelamatkan mangsa pada masa akan datang. Pihaknya turut menyelaras penyiasatan bersama bagi membanteras jenayah penipuan kerja di kedua-dua negara. Disamping itu, kerjasama berterusan dari segi perkongsian maklumat dan data akan diperkasakan.
"Hasil perbincangan dengan Ketua Polis dan Ketua Pengarah Imigresen, serta wakil-wakil pihak tertinggi kerajaan Kemboja, kita telah mewujudkan kerjasama yang amat baik. Kita yakin kerjasama ini telah dapat menguraikan apa juga masalah-masalah yang mengguris hati pihak sebelah sana." tambahnya lagi.
Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Abd Jalil disertai empat orang pegawai kanan Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran - ATIPSOM) Bukit Aman.
Selain daripada itu ia turut disertai oleh wakil daripada Kementerian Luar iaitu Setiausaha Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam, Devrin Anak Jeck, dan juga Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.
Irfan Faruqi
Fri Jan 27 2023

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hasan berkata usaha menyelamatkan mangsa terkandas terus digiatkan. - Fail/PDRM

BNM terus berhubung dengan pihak berkepentingan kemudi peralihan ekonomi bebas karbon
Ia merangkumi penyertaan dalam platform antarabangsa seperti Rangkaian Untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS) dan membina keupayaan bagi menganalisis kesan risiko iklim untuk bertindak lebih awal.

Pindah 62 ekor kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand tanpa kebenaran.

45 peniaga kena kompaun serta-merta
Seramai 45 peniaga di dua daerah iaitu Temerloh dan Maran dikenakan tindakan kompaun serta-merta melibatkan hasil kutipan RM7,900.

Pemuda Pas Kelantan gesa semak semula cukai cecair vape
Pihaknya khuatir perkara tersebut akan memberi kesan langsung kepada anak-anak muda terutama melibatkan soal kesihatan dan moral untuk tempoh jangka panjang.

AWANI Ringkas: Pengurusan visa dan frekuensi penerbangan dipermudahkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Indonesia periksa 'hot spot' pemerdagangan manusia
Modus operandi penyeludup tidak berperikemanusiaan kerana membawa pekerja migran Indonesia secara haram dan dijadikan hamba.

Menteri Luar Ecuador letak jawatan
Menteri Luar Ecuador Juan Carlos Holguin mengumumkan peletakan jawatannya pada Sabtu atas sebab peribadi.

Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Labuan
Pesawat khas membawa pasangan diraja itu berlepas pada 10.06 pagi.

Puting beliung tanpa henti melanda selatan, barat AS
Ribut berkenaan turut memusnahkan rumah dan pusat membeli-belah serta meruntuhkan bumbung sebuah bangunan di Illinois.

Pembaharuan pasaran buruh perlu dipercepat selari jangkaan perkembangan ekonomi tahun ini - BNM
Kelesuan dalam pasaran pekerja dijangka terus berkurangan, disokong oleh momentum pemulihan guna tenaga yang terus kukuh.

AUKUS: Malaysia kekal dengan pendirian, minta semua pihak menghormatinya
Pendirian Malaysia mengenai perkongsian keselamatan tiga negara yang dikenali AUKUS tidak berubah dan meminta semua pihak menghormati pendirian serta pendekatan Malaysia.

PM Anwar adakan sesi interaksi dengan 106 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia
PM sampaikan amanat dan aspirasi Kerajaan Perpaduan kepada ketua-ketua perwakilan dalam menjalankan tanggungjawab.

Sesi Pemukiman Wisma Putra 2023: Bincang hala tuju dasar luar negeri
Pemukiman itu menghimpunkan semua ketua jabatan dan setiausaha bahagian peringkat Kementerian Luar Negeri.

Malaysia, Filipina teroka bidang kerjasama baharu
Malaysia dan Filipina berminat untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor industri halal dan sekuriti makanan.

Malaysia guna kaedah diplomasi tangani isu umat Islam serantau
Mohamad memaklumkan kepada Dewan Rakyat, Malaysia akan memperjuangkan hak umat Islam di peringkat antarabangsa termasuk menangani isu Islamofobia.

401 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara diselamatkan
Kementerian Luar Negeri (KLN) telah menerima sejumlah 564 laporan mengenai warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, setakat Isnin lepas (13

Lebih 31,600 orang maut dalam gempa bumi di Turkiye
Sekurang-kurangnya 31,643 orang terbunuh dalam tragedi gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Feb.

Kementerian Luar lancar kempen sumbangan kemanusiaan mangsa gempa bumi Turkiye, Syria
Kementerian Luar melancarkan kempen sumbangan kemanusiaan melalui Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) bagi meringankan beban mangsa bencana gempa bumi yang melanda Turkiye, Syria.

Isu kesejahteraan, hak kanak-kanak antara dibincangkan dalam pertemuan UNICEF, menteri
Wakil UNICEF yang baharu, Robert Gass menyampaikan surat tauliah kepada Zambry Abd Kadir, hari ini.

Lima lagi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja selamat pulang pada Jumaat
Lima lagi warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.