awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar 72.52 g methamphetamine, buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan
Peniaga kuih akok lapan perisa rancang hasilkan produk sejuk beku
Semua pihak perlu main peranan angkat martabat sektor pelancongan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21.9 juta rakyat Malaysia dengar radio dengan purata hampir 13 jam seminggu - Gfk

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
11/12/2025
06:10 MYT
21.9 juta rakyat Malaysia dengar radio dengan purata hampir 13 jam seminggu - Gfk
Tabiat mendengar radio rakyat Malaysia menunjukkan 17.1 juta mendengar radio dalam kereta, 13.2 juta di rumah, dan 2.4 juta di tempat kerja. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seramai 21.9 juta rakyat Malaysia dikenal pasti mendengar radio setiap minggu dengan purata masa mendengar selama 12 jam 47 minit seminggu.

Ringkasan AI
  • 21.9 juta rakyat Malaysia mendengar radio setiap minggu, dengan purata masa mendengar 12 jam 47 minit seminggu menurut kajian Pengukuran Pendengar Radio (RAM) oleh Gfk.
  • Kajian RAM pertama di Malaysia merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak, termasuk bandar utama seperti Kuching, Kota Kinabalu, Miri, dan Sandakan, menetapkan penanda aras pengukuran media di negara ini.
  • Tabiat mendengar radio rakyat Malaysia menunjukkan 17.1 juta mendengar radio dalam kereta, 13.2 juta di rumah, dan 2.4 juta di tempat kerja, dengan masa mendengar paling lama di tempat kerja dan rumah.

Dapatan tersebut adalah sebahagian daripada kajian Pengukuran Pendengar Radio (RAM) yang dijalankan selama enam minggu oleh Gfk, syarikat perunding berteraskan kecerdasan buatan (AI) yang merupakan sebahagian daripada kumpulan NIQ.
Menurut kenyataan pada Khamis, Astro Audio berkata ini merupakan kajian RAM secara nasional yang pertama di Malaysia merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, termasuk bandar utama seperti Kuching, Kota Kinabalu, Miri dan Sandakan.
“Langkah ini menetapkan penanda aras baharu untuk pengukuran media di Malaysia, memberikan gambaran menyeluruh tentang tabiat mendengar radio rakyat Malaysia,” katanya.
Dapatan kajian Pengukuran Pendengar Radio (RAM) yang dijalankan oleh Gfk - foto Astro Audio
Dapatan kajian Pengukuran Pendengar Radio (RAM) yang dijalankan oleh Gfk - foto Astro Audio
Kenyataan itu turut melaporkan, tabiat mingguan 17.1 juta rakyat Malaysia ialah mendengar radio dalam kereta, 13.2 juta di rumah dan 2.4 juta mendengar radio di tempat kerja.
Dapatan kajian juga menunjukkan pendengar radio di tempat kerja meluangkan masa sehingga 11 jam 20 minit seminggu mendengar kandungan di platform berkenaan. Manakala, 10 jam 10 minit seminggu mendengar radio di rumah.
Kedua-dua angka berkenaan ialah masa mendengar paling lama di rekodkan dalam kajian tersebut.
Selain itu, laporan RAM yang diterbitkan juga menyimpulkan waktu petang Isnin hingga Jumaat antara 4 petang hingga 8 malam merupakan waktu paling ramai pendengar di siaran radio dengan 15.3 juta pendengar.
Manakala bagi waktu pagi, hari Isnin hingga Jumaat antara 6 pagi hingga 10 pagi merupakan waktu paling popular dengan 15.2 juta pendengar.
Topic Berkaitan
#Astro
#kecerdasan buatan
#GfK
#radio
#Astro Audio
#pendengar radio
#Kajian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan