MALAYSIA
22 daerah di 6 negeri berisiko dilanda banjir - JPS

Sebanyak 22 daerah di enam negeri berisiko dilanda banjir dalam tempoh 12 jam bermula jam 3 petang Sabtu. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 daerah di enam negeri berisiko dilanda banjir dalam tempoh 12 jam bermula jam 3 petang Sabtu.
Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dapatan itu berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.
Berdasarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat oleh JPS, sebanyak lima daerah tersenarai di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, dan Sepang.
Manakala di Johor, daerah yang berisiko dilanda banjir kilat adalah Batu Pahat, Johor Bahru, Pontian dan Kota Tinggi.Berikut senarai penuh lokasi yang berisiko dilanda banjir kilat oleh JPS:
Selangor
Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sepang
Johor
Batu Pahat, Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi
Kedah
Kota Setar, Kuala Muda, Yan
Terengganu
Dungun
Sabah
Papar, Tuaran
Sarawak
Kuching, Lundu, Samarahan, Asiajaya, Sebuyau, Sundar, Trusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami