MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Ogos 2025.
Mereka memohon agar Peguam Negara mempertimbangkan semula tuduhan berkenaan dan menangguhkan prosiding sehingga siasatan lanjut dapat dilengkapkan.
Hakim menetapkan tarikh itu selepas pihak KPN dan AGC memohon masa untuk memfailkan affidavit balasan yang dibuat ibu Allahyarham
Lima remaja yang berdepan pertuduhan dalam kes buli melibatkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir pada Rabu tetap perlu dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Polis menumpaskan satu kumpulan dikenali sebagai "Geng Budak Sekolah" yang terlibat dalam jenayah seksual melalui laman web, termasuk membabitkan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Semua pengamal media, khususnya editor dan wartawan, digesa untuk mematuhi sepenuhnya kod etika kewartawanan dan prinsip perlindungan kanak-kanak, dalam membuat liputan mengenai kes kematian Zara Qairina Mahathir.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendedahkan pernah berdepan cubaan campur tangan terhadap badan kehakiman menjelang penghujung tempoh perkhidmatannya.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun berhubung penularan hantaran video di TikTok dengan fakta tidak benar mengenai kematian pelajar Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan beberapa individu termasuk Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Hilman Idham akan didakwa dalam masa terdekat berhubung kenyataan mereka yang didapati menggugat ketenteraman awam.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam tindakan pendakwaan ke atas Ketua Pemuda Bersatu, Hilman Idham berhubung ucapannya membantah Akta Hasutan dalam sebuah perhimpunan, bulan lalu.
Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencapai beberapa ketetapan termasuk berkaitan kajian separuh penggal pencapaian kerajaan serta usaha memantapkan ekonomi negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami