awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zahid Hamidi: AGC sahkan keterangan tidak mencukupi, tiada tindakan lanjut
China haramkan eksport nadir bumi ke Jepun susulan ketegangan isu Taiwan
Stadium baharu di Thailand dikecam kerana trek larian bersudut tepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar kolej dibunuh: Polis rakam percakapan 19 individu

Bernama
Bernama
19/08/2025
16:11 MYT
Pelajar kolej dibunuh: Polis rakam percakapan 19 individu
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian serta suspek terlibat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan 19 individu termasuk ahli keluarga, rakan dan saksi bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar kolej wanita yang disyaki dibunuh di kediaman keluarganya di USJ 2/1, Subang Jaya, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian serta suspek terlibat.
"Setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Mangsa berusia lingkungan 20-an ditemukan tergantung pada kipas siling di ruang tamu tingkat dua rumah itu oleh bapanya pada 11.55 pagi.
Berdasarkan laporan bedah siasat pakar patologi Hospital Serdang, punca kematian disahkan berpunca akibat pendarahan pada sekeliling tulang leher (hyoid bone) manakala kecederaan pada otot dan tulang adalah kesan cekikan (manual strangulation).
Mangsa yang tinggal bersama kakak serta sepupunya didapati bersendirian semasa kejadian dan tiada kehilangan harta benda dilaporkan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar kolej
#dibumuh
#Subang Jaya
#Rakam keterangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan