Sebanyak 22 daripada 33 kawasan yang terjejas akibat masalah air berbau kurang enak telah pulih sehingga jam 6 petang tadi.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor Abdul Raof Ahmad dalam kenyataan pada Sabtu berkata pemantauan, pemeriksaan, aktiviti pencucian kolam dan sistem agihan masih lagi diteruskan bagi memastikan semua kawasan yang terkesan dengan kes air berbau itu pulih sepenuhnya.
"Sehingga 6 petang tadi, 71 aduan baharu diterima dan tindakan sedang diambil bagi proses ujian pensampelan dan pencucian sistem perpaipan di kawasan dan premis aduan.
"Pelanggan di kawasan yang telah menjalani proses pencucian dinasihatkan menghubungi kami sekiranya masih lagi mengalami bekalan air berbau," katanya.
Sebelas kawasan yang masih terjejas adalah di Puchong Prima, Seri Kembangan dan Saujana Puchong di Wilayah Petaling; Bukit Puchong, Bukit Puchong II, Seri Kembangan, Kota Warisan, Salak Tinggi dan Taman Mawar BB Salak Tinggi di wilayah Sepang; Bangi Seksyen 3 di wilayah Hulu Langat dan Saujana Putra, Kuala Langat.
Katanya, Air Selangor akan terus memberi makluman dan status terkini dari semasa ke semasa dan pelanggan boleh menghubungi talian 15300 atau WhatsApp ke nombor 019-2800919/019-2816793 bagi sebarang bantuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 05 2019
Masih ada 11 kawasan yang terjejas dengan masalah air berbau. - Gambar hiasan
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Tiada kes pencemaran di Sungai Jimah - Exco NS
Pasukan penyiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah melakukan pemeriksaan di lokasi berkenaan dan mendapati keadaan sungai adalah normal.
22 kawasan pulih daripada masalah air berbau - Air Selangor
Pemantauan, pemeriksaan, aktiviti pencucian kolam dan sistem agihan masih lagi diteruskan.
Air berbau: Air Selangor rekod keseluruhan 1,143 kes
Sebanyak 1,129 kes daripada keseluruhan 1,143 kes telah diambil tindakan dan menjalani ujian pensampelan kualiti air.
Air Selangor rekod 94 kes aduan baharu
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merekodkan 94 kes baharu aduan air berbau, menjadikan jumlah keseluruhan terkini mencecah 1,046 kes aduan pengguna dilaporkan sejak 29 Sept lepas.