KUALA LUMPUR: Seramai 22 individu termasuk empat wanita warga tempatan ditahan kerana disyaki terbabit dalam dua kejadian rusuhan bersenjata di Sungai Way dan Ara Damansara, Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata 15 lelaki dan empat wanita ditahan, dalam kes rusuhan bersenjatakan kayu di Ara Damansara pada Jumaat.
Katanya kesemua individu berusia 15 hingga 27 tahun ditahan di lokasi kejadian sejurus selepas pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu, kira-kira 9 pagi.
"Kejadian berpunca daripada perebutan teman wanita. Sebatang kayu besbol yang disyaki digunakan oleh salah seorang suspek turut dirampas," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, dua daripada 19 individu yang ditahan mempunyai dua rekod jenayah lampau.
Mohamad Fakhrudin berkata dalam kejadian di Sungai Way pula, seorang lelaki berusia 33 tahun cedera parah di belakang badan selepas disyaki ditetak empat lelaki yang dikenalinya.
Polis telah menerima laporan kejadian itu kira-kira 9.30 malam tadi dan menahan tiga lelaki berusia 21 hingga 37 tahun di Sungai Way, dan di perkarangan sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur dalam serbuan antara 12.30 tengah malam tadi sehingga 2 pagi ini.
"Punca kejadian disebabkan dendam lama dan semakan mendapati dua daripada tiga suspek itu mempunyai lima rekod jenayah lampau," katanya.
Katanya kesemua 22 individu yang ditahan kerana terbabit dalam dua kes rusuhan bersenjata itu, ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022
Kesemua 22 individu yang ditahan kerana terbabit dalam dua kes rusuhan bersenjata itu, ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut. - Gambar hiasan/ Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
2 lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan bersenjata di Gua Musang
Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan bersenjata di sebuah kedai runcit di Bandar Utama, di Gua Musang, Jumaat lepas.
Rusuhan bersenjata: Peniaga buah di Singapura diarah berkelakuan baik 3 tahun
Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan rusuhan bersenjata sehingga mendatangkan kecederaan tujuh tahun lalu.
22 termasuk empat wanita ditahan terbabit dua rusuhan bersenjata
Kesemua individu berusia 15 hingga 27 tahun ditahan di lokasi kejadian sejurus selepas pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu, kira-kira 9 pagi.
Polis tahan 8 lelaki terlibat rusuhan bersenjata di Klang
Polis menahan lapan lelaki dipercayai terlibat dalam rusuhan menggunakan senjata dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Jalan Sungai Jati, Klang seperti yang tular di media sosial, semalam.
Polis minta Pengerusi PKR Perak bantu siasatan kes pergaduhan
Menurut SAC Fadzil Ahmat, kejadian dipercayai bermula apabila suspek terserempak dengan mangsa dan menolak mukanya sehingga berlakunya satu kekecohan.