KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 220 laporan berhubung skim penipuan Zuttelo melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM84,579,831.76 sejak Ogos lepas.
Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sedang menyiasat sindiket berkenaan yang dikesan aktif menjalankan kegiatan penipuan itu di seluruh negara sejak dua tahun lepas.
"Berdasarkan siasatan, kegiatan pelaburan ini mula aktif sejak tahun 2020 sehingga laman web syarikat tersebut ditutup sekitar Ogos tahun ini.
"Skim pelaburan ini menawarkan sembilan pakej pelaburan dengan jumlah pelaburan antara USD630 hingga USD12,700 dengan setiap pelabur dijanjikan pulangan minimum sebanyak 16.5 peratus sebulan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pelabur yang berminat perlu mendaftar melalui aplikasi www.8liga.net dan diberi pilihan sama ada melabur dalam bentuk wang tunai atau mata wang kripto.
Noorsiah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan PDRM mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada serta melaksanakan semakan yang lebih terperinci dari sumber-sumber rasmi seperti Semak Mule, alert list Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum membuat keputusan untuk menyertai apa jua skim pelaburan.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia, Datuk Hishamuddin Hashim mendakwa, sindiket penipuan pelaburan tersebut sudah menjerat kira-kira 10,000 mangsa dengan kerugian kira-kira RM3 bilion dalam tempoh dua tahun lepas. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022
Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sedang menyiasat sindiket berkenaan yang dikesan aktif menjalankan kegiatan penipuan itu di seluruh negara sejak dua tahun lepas. - Gambar fail Astro AWANI
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Skim penipuan pelaburan 'Sencapital', mangsa rugi hampir RM7 juta
Skim itu dipercayai aktif sejak penghujung tahun 2022 dengan menawarkan pelaburan berasaskan pembelian saham.
220 laporan skim penipuan pelaburan Zuttelo, kerugian lebih RM84 juta
Skim ini tawar sembilan pakej dengan jumlah pelaburan antara USD630 hingga USD12,700 dan pulangan minimum 16.5 peratus sebulan.
PDRM siasat 2 skim penipuan pelaburan babit kerugian hampir RM2 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dua skim penipuan pelaburan yang sedang aktif mencari mangsa di platform WhatsApp dan Telegram melibatkan kerugian hampir RM2 juta.