awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

221 Ahli Parlimen selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/02/2020
09:14 MYT
221 Ahli Parlimen selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong
Sesi kedua membabitkan Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu (Bersatu); Parti Keadilan Rakyat (PKR); DAP; Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Amanah. - Foto Astro AWANI
Baki 132 Ahli Parlimen selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 4.20 petang, hari ini.
Ia sekali gus melengkapkan 221 Ahli Parlimen yang hadir pada sesi menghadap Al-Sultan Abdullah, pada Rabu.
Sesi kedua membabitkan Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu (Bersatu); Parti Keadilan Rakyat (PKR); DAP; Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Amanah.
Ahli Parlimen DAP menjadi delegasi terakhir keluar selepas tiga jam berada di dalam Istana Negara.
Sementara sesi pertama yang berlangsung pada Selasa membabitkan 90 Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN); Pas; Gabungan Parti Sarawak (GPS); dan Parti Bersatu Rakyat Sabah.
Sesi menghadap dan temu bual bersama wakil rakyat secara individu di Istana Negara itu bermula jam 10 pagi ini dengan disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Sesi menghadap Al-Sultan Abdullah adalah susulan keputusan mengejut Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin, yang meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri ke-7 dan Pengerusi Bersatu.
Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri baharu selepas menerima surat peletakan jawatan itu.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#DAP
#Mahathir Mohamad
#Malaysia 2020
#Parti Keadilan Rakyat
#PAS
#Perdana Menteri
#PKR
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan