awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

223 penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir Kelantan - Dr Zaini

Bernama
Bernama
28/12/2021
11:13 MYT
223 penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir Kelantan - Dr Zaini
Antara penyakit yang dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Kelantan adalah penyakit jangkitan kulit, jangkitan saluran pernafasan, gastroenteritis dan demam tanpa simptom. - Gambar fail
KOTA BHARU: Sebanyak 223 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir di lima daerah di Kelantan sejak kejadian banjir besar pada 17 Disember lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata kesemua kes itu dikesan sejak 17 hingga 26 Disember lepas di lebih 50 pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka dalam tempoh itu.
"Kes itu dikesan hasil ujian saringan di PPS yang dibuka di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas sebelum ini.
"Antara penyakit yang dikesan adalah penyakit jangkitan kulit (95), jangkitan saluran pernafasan (79), radang usus akut atau gastroenteritis (11), demam yang tidak bersimptom (lapan) dan selebihnya lain-lain penyakit biasa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Wisma Persekutuan, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata orang ramai diingatkan supaya mendapatkan bekalan air dan makanan yang bersih bagi mengelak dijangkiti penyakit kencing tikus, kolera, tifoid dan keracunan makanan semasa banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyakit
#banjir
#Simptom
#Zaini Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan