awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

229 pelawat asing tidak dibenarkan memasuki negara di KLIA - AKPS

Bernama
Bernama
13/08/2025
12:57 MYT
229 pelawat asing tidak dibenarkan memasuki negara di KLIA - AKPS
Menurut AKPS antara punca utama penolakan masuk ialah pelawat terbabit mengemukakan tempahan hotel palsu, tidak memiliki tiket penerbangan pulang serta gagal membuktikan kemampuan kewangan yang mencukupi. - Bernama
PUTRAJAYA: Sebanyak 229 pelawat asing dari pelbagai negara dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak semalam.
AKPS memaklumkan kesemua pelawat berkenaan dikesan gagal mematuhi syarat kemasukan semasa operasi bersepadu yang dilaksanakan sejak 7.30 pagi semalam hingga 7.30 pagi tadi di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2.
"Sebanyak 764 pelawat diperiksa menerusi operasi itu. Warganegara Bangladesh mencatat bilangan NTL tertinggi iaitu 204 orang diikuti India (14), Sri Lanka, Pakistan, Indonesia masing-masing tiga manakala dua dari Kemboja.
"Daripada jumlah warga Bangladesh itu, sebanyak 66 orang dikesan tiba di KLIA 1 menerusi tiga penerbangan dari Dhaka pada awal pagi," menurut AKPS dalam kenyataan.
Menurut AKPS antara punca utama penolakan masuk ialah pelawat terbabit mengemukakan tempahan hotel palsu, tidak memiliki tiket penerbangan pulang serta gagal membuktikan kemampuan kewangan yang mencukupi.
"Kesemua individu itu dipercayai berniat menyalahgunakan kemudahan kemasukan untuk tinggal dan bekerja secara tidak sah di negara ini," menurut kenyataan itu.
Dalam kes berlainan, AKPS memaklumkan seorang lelaki warganegara Indonesia berusia lingkungan 50-an ditangkap semalam disyaki cuba memasuki Malaysia selepas hanya enam hari diusir atas kesalahan sama pada 7 Ogos lepas.
Menurut AKPS, individu itu dihantar pulang serta-merta dan diberi amaran keras.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKPS
#pelawat asing
#Notis Penolakan Masuk
#NTL
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan