PETALING JAYA:Sejumlah 23 kakitangan Tropicana Golf and Country Resort disahkan positif COVID-19.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi Astro Awani pada Isnin.

Jelasnya, sebanyak pertambahan 12 kes positif dicatatkan pada hari ini berbanding semalam hanya 11 kakitangan disahkan positif COVID-19.

"Setakat ini, 23 kakitangan Tropicana Golf and Country Resort disahkan positif COVID-19. Sebanyak pertambahan 12 kes pada hari ini (Isnin) selepas keputusan saringan didapati.

BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI



"Kami dimaklumkan seramai 567 kakitangan tinggal di asrama disediakan ini, ujian saringan akan dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula 14 Oktober ini," jelasnya.

Susulan itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan bermula semalam dan semua laluan masuk ke kawasan asrama berkenaan telah dikawal ketat oleh pihak polis dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).